Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 July, 2011

PDK Betong anjur Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2011




Caption:

1. TAMAT GAWAI...Emilda (kiri sekali) bersama Edward (kanan sekali) ketika bersama tetamu jemputan khas menyempurnakan upacara Ngiling Tikai pada majlis itu.

2. TAHNIAH...Emilda (kiri) menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada pemenang sambil disaksikan oleh Edward (kanan) pada majlis itu.

BETONG, Ahad (10 Julai) – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (ODK) Betong dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah mengadakan Majlis Penutupan Sambutan Hari Gawai ‘Ngiling Tikai’ 2011 yang melibatkan seramai 70 orang hadirin di pusat berkenaan baru-baru ini.

Pengerusi PDK Betong, Edward Augustine ketika berucap berkata majlis ini akan membolehkan semua pelatih PDK merasai kemeriahan suasana perayaan Gawai bersama komuniti penduduk di Betong.

Sementara itu PDK Betong yang kini mempunyai seramai 20 orang pelatih dan empat orang kakitangan itu katanya berfungsi sebagai pusat program pencegahan, pemulihan dan pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) demi membolehkan golongan terbabit berintegrasi dalam komuniti penduduk sekitar mereka.

“PDK dibuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina OKU agar mereka diberi latihan asas serta pemulihan selain dari menyediakan peluang terhadap mereka untuk membangunkan kebolehan serta kemahiran mengikut potensi dalam diri.

“Menerusi PDK mereka boleh menyertai aktiviti Kemahiran Motor Kasar, Kemahiran Motor Halus, Perkembangan Sosial, Perkembangan Bahasa, Pengurusan Diri dan Pra membaca, menulis, mengira serta melukis,” katanya.

Aktiviti Kemahiran Motor Kasar adalah untuk membantu seseorang oku merangkak, berdiri, berjalan, melompat dan mengesot manakala Kemahiran Motor Halus mengasah kemahiran kanak-kanak sambil melibatkan otak atau jari dan koordinasi mataserta tangan seperti koyak kertas, menyusun blok binaan, mewarna bentuk, corak serta objek.

Justeru beliau menasihatkan ibubapa pelatih OKU supaya jangan berasa segan untuk bertemu dengan para pegawai JKM Betong untuk bertanya tentang maklumat bantuan ataupun mahupun tentang PDK selepas ini.

Terdahulu Penolong Pengarah JKM Bahagian Betong, Emilda Piar Kunchui Uli yang hadir pada majlis itu turut menerangkan sumbangan bernilai RM1,000 daripada Senator Dato Sri Empiang Jabu dan sumbangan bernilai RM5,000 daripada ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat Vincent Entering.

Beliau juga turut memberitahu bahawa penduduk di kawasan Betong boleh mengetahui berita ataupun perkembangan aktiviti terkini yang dilaksanakan oleh JKM Bahagian Betong menerusi siaran akhbar tempatan.

Hadir sama ialah Penyelaras PDK merangkap Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Betong, Dayang Norfitri, Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie bin Abang Abdul Rajit dan ketua kaum di sini.


Majlis diserikan lagi dengan penyampaian elaun bulanan kepada Edward selaku Pengerusi PDK Betong, acara 'menggulung tikar' (Ngiling Tikai), acara memotong kek, acara tiket bertuah, nyanyian karaoke dan jamuan makan malam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment