Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 July, 2011

Nikmati lah Feeco House sempena Pesta Benak Sri Aman 2011




Caption: BERMINAT...Hamzah (kiri) bersama Rusmad (kanan) sedang membuat minuman Feeko yang dilanggan oleh seorang kakitangan Majlis Daerah Sri Aman ketika berlangsungnya Pesta Benak hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (1 Julai) – Jika berkunjung ke tapak Pesta Benak Sri Aman 2011 jangan lepaskan peluang untuk menikmati sejenis produk minuman terbaru yang bernaung dibawah jenama Feeco House Sendirian Berhad.

Dengan kelazatan yang menjamin pengguna, produk minuman Feeko House yang diusahakan oleh syarikat Andalas Cold Storage & Accesories Cake yang berpengakalan di Mukah, Sarawak ini sudah semestinya memberi kepuasan kepada pengguna yang menikmatinya.

Terletak bersebelahan dengan bangunan Majlis Daerah Sri Aman, syarikat Andalas Cold Storage & Accesories Cake menawarkan pelbagai produk minuman Feeko kepada pengunjung Pesta Benak Sri Aman 2011 bermula hari ini hingga 4 Julai kelak.

“Keistimewaannya ialah hanya syarikat Andalas Cold Storage & Accesories Cake, Mukah sahaja yang menawarkan produk minuman Feeko dalam negeri ini semenjak ia mula beroperasi tiga bulan lepas.

“Produk minuman Feeko amat sedap hingga ia mendapat sambutan ramai pengguna semenjak kami mula memperkenalkan produk minuman ini di Dalat, Oya dan Sibu semenjak tiga bulan lepas,” kata peniaganya iaitu Hamzan Mohd Yunus, 49 tahun.

Katanya peniaga produk minuman Feeko di Semenanjung Malaysia mampu meraih keuntungan sebanyak RM3,500 ke atas manakala pendapatan hasil jualan terbabit mampu mencecah minimum RM2,000 di Sarawak.

Laguipun katanya terdapat rakan beliau yang telah menjual produk minuman Feeko di Semenanjung Malaysia sebelum ini berkata mampu meraih keuntungan bernilai RM9,000 ke atas.

Justeru mereka yang berminat untuk menjadi agen penjual produk minuman Feeko ini kata Hamzah boleh menghubungi Rusmad Norhady Mohammad di talian 013-5681721 untuk pertanyaan lanjut.

Terdahulu dengan bertemakan Feeco Sedap Gila!!!! Andalas Cold Storage & Accesories Cake menjual pelbagai produk minuman Feeko antaranya ialah Feeko Chocolate, Feeko Dark Chocolate, Feeko Dutch Chocolate, Feeko Mocha, Feeko Cappucino, Feeko Latte, Feeko Tiramisu dan banyak lagi.

Produk minuman Feeko ini terdiri daripada bahan terhad yang dikeluarkan oleh syarikat Feeko yang terdiri daripada campuran susu Daily Dairy, tepong Feeco, Coklat, Whip dan gula aisin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment