Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

Mantapkan perpaduan - Rayong



Caption: SYABAS….. Rayong (kanan) menyampaikan cek kepada Winston (kiri) sambil disaksikan Nyalau (empat kanan) pada majlis itu.


ENGKILILI, Rabu (13 Julai) – Perpaduan adalah khazanah yang amat tidak ternilai harganya untuk semua penduduk berbilang kaum dalam negara ini khasnya bagi negeri Sarawak kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Katanya perpaduan menjadi asas penting untuk mewujudkan sebuah negara yang sedang pesat membangun dari segi segala aspek dan juga demi kesinambungan kemajuan negara di masa akan datang.

“Perpaduan yang utuh dikalangan semua penduduk berbilang kaum dan agama dalam negeri Sarawak misalannya telah menjadikan negeri ini pesat membangunan berbanding 30 tahun lepas.

“Sebab itulah penduduk harus mengekalkan perpaduan yang sedia ada sekarang. Lagipun jangan sesekali mengadaikan hubungan perpaduan sesama penduduk hanya disebabkan sesuatu isu dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kerajaan Kepada Gereja Saint Micheal, Engkilili yang berlangsung di dewan geraja terbabit baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga meminta penduduk untuk terus menghulurkan kerjasama terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) demi bersama-sama memajukan negeri ini pada masa akan datang.

Terdahulu Rayong telah menyampaikan cek bernilai RM300,000 kepada Ketua Gereja Saint Michael Engkilili iaitu Winston Sokim bagi menjayakan pembinaan rumah rehat dan pejabat gereja di situ.

Peruntukan terbabit adalah merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berkunjung ke Pekan Engkilili semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April lalu.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis itu ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Father Winston dan para ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment