Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2011

Majelan dan Sofia pengusaha air kelapa muda berjaya dari Simunjan


Caption: GIGIH...Haji Majelan bersama isteri, Sofia sedang sibuk menguruskan jualan air kelapa muda di Kampung Nanas Hulu, Simunjan.


SIMUNJAN, Sabtu (9 Julai) - Jika pengunjung melawat ke Pekan Simunjan sudah semestinya mereka akan ternampak longgokan buah kelapa muda di tepi jalan dalam kawasan Kampung Nanas Hulu.

Ini kerana buah-buah kelapa terbabit adalah kepunyaan Haji Majelan Tomi, 52, yang mengusahakan jualan air kelapa muda di depan rumahnya sambil dibantu oleh isteri iaitu Sofia Haji Yusop, 41 tahun.

Sofia ketika ditemui memberitahu beliau bersama suaminya telah memulakan perniagaan menjual air kelapa muda secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya semenjak dua tahun lalu.

“Bagaimanapun sambutan yang kami terima daripada orang ramai semenjak menjual ari kelapa muda ini nyata amat mengalakkan sehingga ia menyebabkan saya dan suami menambah jumlah bekalan (kelapa muda) yang lebih banyak,” katanya.

Untuk menjayakan perniagaan terbabit, beliau bersama suami telah mendapatkan bekalan kelapa muda berkenaan dari sekitar daerah Simunjan antaranya ialah dari Kampung Sungai Apin dan Kampung Pantong.

Dengan adanya bekalan kelapa muda terbabit, Sofia bersama suaminya telah memulakan operasi perniagaan bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang dengan jualan kelapa antara 100 hingga 150 biji sehari.

“Perniagaan menjual air kelapa muda nyata amat memberansangkan apabila saya bersama suami mampu meraih pendapatan sekitar RM150 sehari bergantung kepada keadaan cuaca.

“Justeru atas sebab ini saya dan suami berhasrat mahu mempelbagaikan produk buah kelapa untuk dijual kepada orang ramai bagi menambahkan lagi hasil pendapatan kami sekeluarga lebih-lebih lagi ketika menjelangnya bulan puasa akan datang,” katanya.

Tamat

No comments:

Post a Comment