Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 July, 2011

Liputan wi - fi sudah menjangkau 45 peratus di kawasan luar bandar Sarawak - Rais

BETONG, Isnin (11 Julai) – Liputan rangkaian kemudahan jalur lebar kini sudah menembusi sebanyak 45 peratus bagi kawasan luar bandar seperti rumah panjang dan kampung dalam negeri Sarawak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim berkata liputan rangkaian kemudahan jalur lebar terbabit didokong oleh penggunaan telefon bimbit dikalangan 70 peratus penduduk luar bandar dalam negeri ini.

“Peningkatan penggunaan teknologi telefon bimbit dan jalur lebar ini adalah merupakan usaha gigih kerajaan dalam mewujudkan lebih banyak rangkaian sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar Sarawak.

“Lagipun ia juga merupakan hasil daripada sokongan penuh daripada rakyat Sarawak yang dapat mengekalkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir, Penom Ulu Paku, Betong hari ini.

Selain itu Rais turut menganggap bahawa penganjuran Majlis Terbuka Malaysia Gawai Dayak ini adalah merupakan yang paling menarik dan istimewa bagi tahun 2011 sebab ia dapat dijayakan di sebuah rumah panjang dalam kawasan luar bandar Betong.

Majlis Terbuka Malaysia Gawai Dayak ini kata beliau secara tidak langsung akan memperkenalkan keunikan budaya dan adat resam kepada semua etnik kaum agar ia dapat terus ditatapi oleh generasi muda di masa akan datang.

“Lagipun untuk menyokong langkah ini, kerajaan telah pun bercadang untuk mendaftarkan rumah panjang tradisional berusia 50 tahun ke atas bagi didaftarkan dalam warisan nasional selepas ini.

“Justeru mudah-mudahan cadangan ini akan diluluskan oleh pihak Kerajaan Pusat agar rumah panjang tradisional terbabit tetap terpelihara demi kebaikan warisan kaum di masa akan datang,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir, Penom Ulu Paku, Betong terbabit.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah Embas, para menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, menteri kabinet Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, ADUN BN, pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment