Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2011

Lapan pasukan berentap dalam Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak YB Wahab Aziz 2011



Pusingan suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahad Aziz 2011


Caption: SERIUS...Abadi (tengah) ,Wan Ismail (kanan sekali) sedang berbincang dengan semua pengurus pasukan. Foto: ADIEY SAFARMAN


Persaingan kalah mati pada pusingan suku akhir bakal menjadi medan ujian getir bagi lapan buah pasukan yang bakal berentap untuk menempah tiket ke saingan separuh akhir Piala Bola Sepak YB Haji Abdul Wahab Aziz 2011 bermula 7 hingga 10 Julai ini.

Antara lapan buah pasukan yang bakal berentap dalam saingan suku akhir di Padang Majlis Daerah Saratok (MDS) itu ialah Merah Junior FC, MPOB Elite, Repkajaya , BPL City , AC United , FC Jingga , TTM dan RISDA United.

Pengerusi pengelola pertandingan, Abadi Hussein berkata saingan kalah mati itu nanti dijangka akan menyaksikan pertarungan sengit antara kelapan-lapan pasukan yang telah berjaya memasuki pusingan itu nanti.

“Minggu ini kita akan menyaksikan sebanyak empat perlawanan yang melibatkan saingan antara lapan pasukan pada pusingan itu nanti,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat undian pengurus pasukan untuk ke pusingan suku akhir di sini kelmarin.

Katanya adalah masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai setiap pasukan yang akan bersaing dalam perlawanan suku akhir itu kelak memandangkan sebarang kemungkinan boleh berlaku selepas perlawanan terbabit.

Beliau menambah pelbagai perkara boleh berlaku terhadap semua pasukan yang berentap dalam format perlawanan pusingan suku akhir kalah mati Pertandingan Bola Sepak YB Abdul Wahab Azizi ini nanti

“Berdasarkan kepada perkara ini setiap pasukan tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan pasukan mereka boleh melangkah mudah ke pusingan seterusnya kelak,” kata beliau setelah selesai sesi undian tersebut.

Tumpuan menurut sudah semestinya terarah kepada perlawanan pertama yang bakal berlangsung pada 7 Julai ini (hari ini) iaitu pertemuan antara pasukan Merah Junior FC dan FC Jingga.

Justeru Abadi menyeru kepada semua peminat sukan bola sepak di daerah Saratok supaya datang beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan suku akhir pertandingan bola sepak itu nanti.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengerusi Pengelola, Wan Ismail Wan Zamaharie.

Berikut adalah jadual perlawanan suku akhir Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz 2011 seperti yang disediakan oleh wakilnya Adiey Safarman:

SUKU AKHIR PERTAMA

7 JULAI 2011 , KHAMIS

MERAH JUNIOR FC Lwn FC JINGGA

3.30 PTG ,PADANG MDS SARATOK

SUKU AKHIR KEDUA

8 JULAI 2011 , JUMAAT

REPKAJAYA Lwn RISDA UNITED

3.30 PTG ,PADANG MDS SARATOK

SUKU AKHIR KETIGA

9 JULAI 2011 , SABTU

AC UNITED Lwn BPL CITY

3.30 PTG, PADANG MDS SARATOK

SUKU AKHIR KEEMPAT

10 JULAI 2011 , AHAD

MPOB ELITE Lwn TTM

3.30 PTG , PADANG MDS SARATOK

Tamat.

No comments:

Post a Comment