Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Kongsi pendapat antara 'boss dan kuli' perlu wujud - Meehan






Caption: PENGHARGAAN...Meehan (kiri) menerima cenderamata daripada kakitangan JKR Sri Aman yang diwakili oleh Nasserudin (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (15 Julai) – Perkongsian pendapat perlu wujud di antara ketua dan pekerjanya untuk sepanjang masa demikian menurut Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Meehan Jorai.

Menurut beliau pengkongsian pendapat antara kedua-dua ini akan membolehkan mutu perkhidmatan dipertingkat ke tahap yang lebih baik demi kepuasaan pelanggan dalam kawasan liputan masing-masing.

“Seorang ketua tidak harus berpegang kepada pendapatnya sendiri sehingga mengendahkan pendapat yang diluah atau diutarakan oleh para kakitangan bawahan beliau dalam jabatan.

“Jika kakitangan bawahan mempunyai pendapat yang bernas mengenai kemajuan jabatan maka ia harus diambil kira Saya yakin langkah ini akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan selepas itu,” katanya.

Meehan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Tikai 2011 Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman yang berlangsung di Dewan Badminton, JKR Sri Aman malam tadi.

Selain itu beliau juga menasihatkan kakitangan JKR Bahagian Sri Aman untuk mengamalkan semangat kekeluargaan demi mengeratkan lagi hubungan sesama mereka selepas ini.

“Justeru saya berharap agar kakitangan JKR Bahagian Sri Aman menyemai sikap cinta terhadap kerja masing-masing demi mempertingkatkan lagi imej jabatan dikalangan penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Meehan telah diraikan dalam majlis perpisahan yang berlangsung pada majlis itu apabila beliau berpindah tugas ke JKR Bahagian Betong sebagai Jurutera Bahagian berkuatkuasa mulai hari ini setelah bertugas di JKR Bahagian Sri Aman selama dua tahun empat bulan.

Jawatan Jurutera Bahagian JKR Bahagian Sri Aman terbabit diisi oleh Cassidy Morris dari JKR Saratok. Hadir sama ialah Penolong Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Nasserudin Abdul Jabar, Jurutera Bekalan Air JKR Sri Aman, Oliver Ngabong Jimmy dan kakitangan JKR yang lain.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Tarian Ngajat Menyambut Temuai, persembahan nyanyian karaoke, tarian poco-poco dan acara kemuncak iaitu upacara Ngiling Tikai oleh tetamu khas majlis.

Tamat.

No comments:

Post a Comment