Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

Kolej PTPL turun padang bantu anak yatim


Caption: UNTUK ALBUM...Para kakitangan Kolej PTPL bergambar kenangan bersama anak yatim dan kakitangan Rumah Kebajikan Laila Taib bersempena program itu baru-baru ini.


SRI AMAN, Rabu (13 Julai) – Seramai 75 orang kakitangan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kuching telah turun padang untuk memberi sumbangan kepada anak yatim di Rumah Kebajikan Laila Taib menerusi Program Khidmat Masyarakat baru-baru ini.

Siaran akhbar memberitahu ia merupakan aktiviti keenam yang telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi PTPL sebagai aktiviti berbentuk khidmat masyarakat di tempat terpilih dalam sekitar bandar Kuching.

“Aktiviti khidmat masyarakat anjuran PTPL ini berperanan penting dalam meringankan lagi bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Laila Taib terutama sekali dari segi emosi.

“Ia sekaligus membuktikan bahawa PTPL menyumbang peranan dalam menyemai sikap kasih dan sayang dikalangan masyarakat disamping berfungsi sebagai institusi yang melahirkan pelajar yang cemerlang serta terbilang,” kata pengarah programnya, Eleen Enggong.

Selain itu kakitangan kolej katanya juga dapat berinteraksi bersama anak yatim disamping berkongsi nilai dan harapan agar mereka dapat turut bergembira seperti lain-lain insan yang mempunyai ibu dan bapa.

Untuk menjayakan program ini pihak Kolej PTPL katanya telah menyampaikan sumbangan berupa barang peralatan kelangkapan asrama dan makanan untuk kegunaan anak yatim Rumah Kebajikan Laila Taib.

“Justeru pihak kami berharap agar sumbangan seperti itu dapat meringankan lagi beban Rumah Kebajikan Laila Taib di dalam melaksanakan pelbagai aktiviti harian di rumah berkenaan selepas ini,” menurut beliau.

Hadir sama bagi menjayakan Program Khidmat Masyarkat di Rumah Anak Yatim Laila Taib ini ialah Ketua Akademik Kolej PTPL, Bebe Yanti Mohamed dan Ketua Kelab Rekreasi Kolej PTPL Sarawak, Siti Rohaya Mahmud.

Tamat.

No comments:

Post a Comment