Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Ketua masyarakat Engkilili sokong Rayong jadi menteri muda, juga sokongan Nyalau jadi calon untuk pilihan raya parlimen akan datang


Caption: MOHON...Edward ketika berucap pada majlis berkenaan.


ENGKILILI, Jumaat (22 Julai) – Para ketua masyarakat daerah Kecil Engkilili memohon kepada barisan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) agar melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa untuk menyandang jawatan Menteri Muda dalam kabinet negeri Sarawak selepas ini.

Mereka juga merayu kepada pucuk pimpinan tertinggi BN agar mencalonkan semula Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau anak Badak untuk bertanding di kerusi parlimen P203 Lubok Antu pada pilihan raya umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai berkata Nyalau dan Dr Rayong adalah dua wakil rakyat yang amat rajin meninjau permasalahan rakyat di kawasan tadbir masing-masing.

“Hampir setiap minggu mereka berdua (Nyalau dan Dr Rayong) datang ke sini termasuk Batang Ai bagi menyelami lebih dekat masalah yang dihadapi oleh rakyat dari masa ke semasa.

“Wakil rakyat seperti ini yang kami mahukan. Justeru kami meminta agar para pucuk pimpinan BN untuk menunaikan permintaan kami ini demi kebaikan rakyat di kerusi Dun Engkilili dan Parlimen Lubok Antu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Tikai anjuran SUPP Bahagian Engkilili di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili, disini, baru-baru ini.

Menurutnya Edward, kawasan Parlimen Lubok Antu dan DUN Engkilili kian membangun pada masa sekarang semenjak kedua-dua mereka menjadi wakil rakyat di situ.

“Buktinya ialah banyak pembangunan telah dilaksanakan di sini (Daerah Lubok Antu) atas usaha Nyalau dan Rayong seperti pembinaan jalan raya ke kawasan luar bandar, bekalan elektrik dan air,” menurut beliau.

Terdahulu majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Komunikasi dan Sukan Datuk Lee Kim Shin selaku mewakili Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan ketua kaum di sini.

Tamat…

No comments:

Post a Comment