Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

Kakitangan RTM mesti sentiasa update - Jalani


Caption: TAHNIAH...Jalani (kiri) menyampaikan anugerah kepada pemberita RTM Sri Aman iaitu Rosita Ampong (kanan) sambil disaksikan oleh Jefferyson (tengah) ketika berlangsung majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (23 Julai) - Penyampaian maklumat yang berkesan bagi Jabatan Penyiaran Sarawak masih perlu dipertingkatkan kata Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak iaitu Abdul Jalani Mahmud.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang dan Jasa Mu Dikenang Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman 2011 bertempat di auditorium jabatana berkenaan kelmarin.

Menurut beliau penyampaian maklumat yang berkesan amat diperlukan terutama sekali ketika mendapatkan maklumat di dalam organisasi itu sendiri atau pun di peringkat kementerian.

“Saya mengingatkan kesemua kakitangan RTM untuk lebih berupaya ketika melaksanakan peranan menyampaikan maklumat kepada masyarakat dalam sekitar kawasan mereka.

“Tugas akan ini nampak lebih efektif sekiranya kesemua kakitangan RTM sudah melengkapkan diri masing-masing dengan maklumat secukupnya mengenai organisasi dan kementerian yang diwakili sebelum itu,” katanya.

Bagaimanapun kegagalan kakitangan RTM untuk mengemaskini pengetahuan masing-masing terhadap aktiviti jabatan akan menyebabkan mereka sukar menyampaikan maklumat kepada orang lain selepas itu.

“Oleh yang demikian usahlah bercita-cita hendak menyampaikan maklumat kepada orang lain jika maklumat atau aktiviti berkaitan jabatan kita sendiri pun langsung tidak diketahui.

Terdahulu seramai tiga orang kakitangan RTM Sri Aman telah menerima Anugerah Cemerlang menerusi majlis terbabit disamping meraikan tiga orang lagi kakitangan yang akan bersara tahun ini.

Majlis Anugerah Cemerlang dan Jasamu Dikenang ini turut disaksikan oleh Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Valentino Jefferyson Munjan dan kakitangan RTM Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment