Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

Jangan salah guna laptop 1 Malaysia - Razi


Caption: UNTUK ALBUM... Razi (tengah) bergambar kenangan bersama para pelajar penerima Komputer riba 1 Malaysia, Akim (kiri) Dr James (dua kiri) dan Kifrawi (kanan sekali) pada majlis itu.

Abang Daud Abang Julhi

DEBAK, Sabtu (23 Julai) - Pelajar sekolah menengah yang menerima Netbook 1Malaysia diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan itu untuk tujuan negatif serta mengakses bahan-bahan yang tidak berfaedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohd Razi Sitam berkata pelajar berkenaan perlu bijak menggunakan komputer tersebut bagi mencari maklumat untuk meningkatkan pengetahuan dan sumber pembelajaran.

"Kerajaan memberikan komputer berkenaan secara percuma adalah bertujuan memberi peluang kepada mereka memperolehi maklumat dan pembelajaran dengan cepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Komputer Riba 1Malaysia bertempat di Dewan Sri Rimbas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas, Betong baru-baru ini.

Selain itu pemantauan guru di sekolah dan ibu bapa di rumah terhadap pelajar dan anak-anak kata beliau adalah amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet di kalangan pelajar.

Ibu bapa dan guru kata Razi mempunyai peranan yang penting dalam mengawasi pelajar ini agar mereka tidak terdedah anasir negatif seperti berkaitan seksual, pembohongan, penipuan dan sebagainya.

“Internet dapat memberi manfaat yang amat baik sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan bukannya mengakses maklumat yang boleh mendatangkan kesan terhadap halatuju hidup mereka selepas ini.

“Justeru saya berharap agar ibubapa bersikap lebih serius untuk mendidik anak-anak tentang mengakses internet ke laman web yang betul demi kebaikan hidup mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau pada majlis itu juga turut mengucapkan tahniah kepada 17 orang bekas pelajar SMK Saribas yang berjaya menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi pada tahun ini dan berharap agar lebih ramai akan berjaya melakukan pada tahun depan.

Terdahulu majlis yang menyaksikan seramai 200 orang pelajar SMK Saribas menerima Komputer Riba 1 Malaysia itu turut disaksikan oleh Pegawai Tadbir Sarawak kawasan Debak, Dr James Luing, Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Saribasm Abang Akim Abang Hamzah dan Penghulu Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment