Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 July, 2011

Jangan dengar propaganda tak sihat, Simoi





Caption: RASMI...Simoi (tengah) sambil diapit oleh Kanselor Shamsiah (kiri) dan tetamu undangan khas yang lain sedang menyempurnakan upacara memotong kek sempena majlis itu.

SRI AMAN, Ahad (10 Julai) – Golongan remaja dinasihat agar tidak mensia-siakan masa depan hidup mereka dengan mendengar propaganda tidak sihat selepas ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Katanya propaganda tidak sihat antaranya mengajak golongan muda hari ini untuk bangkit menentang kerajaan yang sememangnya sudah banyak berjaya kepada kemajuan hidup penduduk dalam negara ini.

“Apakah kerajaan yang sedia ada sekarang masih belum dapat memuaskan hidup penduduk setelah sekian lama menyumbang terhadap pembangunan dalam hidup mereka selama ini?”

“Justeru saya berharap agar golongan remaja pada masa sekarang tidak mudah diperalatkan oleh pihak tertentu ini menerusi propaganda tidak sihat yang seterusnya boleh menguggat kemajuan negara di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sanjungan Budi 2011 yang bertemakan ‘Arabian Night’ anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita Sri Aman (JPW) di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Simoi juga menyeru semua wanita untuk terus beusaha gigih bagi memajukan komuniti penduduk dalam kawasan masing-masing menerusi penganjuran pelbagai program selepas ini.

Katanya sumbangan kaum wanita masih amat diperlukan dalam pelbagai aspek demi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“Pentingnya di sini ialah kaum wanita perlu dianggap seiring dengan kaum lelaki dalam merancakkan lagi proses pembangunan negara dari masa ke semasa,” menurut beliau yang seterusnya mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 untuk JPW Sri Aman.

Hadir sama ialah Pengerusi JPW Sri Aman merangkap pengerusi pengelola majlis, Kanselor Mas Shamsiah Haji Maslem, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Timbalan Pengerusi PBB Lingga, Bakthiar Mathan dan Naib Ketua Cawangan PBB Lingga, Nelson Jinn.

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian, jamuan makan malam, persembahan Top Mama (Tarian 1001 Malam), persembahan nyanyian lagu karaoke, cabutan tiket bertuah dan persembahan fesyen.

Tamat.

No comments:

Post a Comment