Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2011

Jabatan Pengaliran dan Saliran Sri Aman mahu join Regatta Sarawak 2011


Caption: MESRA…Harden (tengah) sedang membincangkan sesuatu dengan Irwandee (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu malam tadi.


SRI AMAN, Rabu (6 Julai) – Jabatan Peparitan Dan Saliran (JPS) Bahagian Sri Aman bakal mengambil bahagian dalam Regatta Sarawak 2011 yang dijangka berlangsung di Sungai Sarawak, Bandaraya Kuching pada bulan September ini nanti.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merayakan Kemenangan Bersama 100 kelasi JPS sempena Pesta Benak Sri Aman 2011 di sebuah hotel tempatan di sini malam tadi.

Untuk menjayakan hasrat, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Residen Sri Aman iaitu Abdul Rahman Sebli Senusi untuk menghantar pasukan dari Sri Aman untuk bersaing hebat pada Reggata Sarawak kelak/.

“Pihak kita akan mencadangkan Jurutera JPS Bahagian Sri Aman iaitu Irwandee bin Reduan untuk mengetuai pasukan Sri Aman pada Pertandingan Reggata Sarawak 2011 ini nanti.

“Beliau (Irwandy) dipilih untuk mengetaui pasukan kita ke pertandingan itu berhubung kejayaan perahu kayuh yang ditonjolkan oleh JPS bersempena dengan Pertandingan Regatta Sungai Batang Lupar pada pesta benak lepas,” katanya.

Harden juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pihak JPS Bahagian Sri Aman kerana berjaya merangkul beberapa kejayaan ketika berlangsungnya Pertandingan Regatta sempena pesta benak berkenaan.

Terdahulu perahu “Bujang Sigat Simanggang Lima’ milik Harden telah ditabalkan sebagai Raja Air Batang Lupar’ 2011 bagi Kategori Sakai 30 Lelaki ketika berlangsung pesta benak berkenaan.

JPS Bahagian Sri Aman juga telah menghantar beberapa perahu kayuh yang membariskan para peserta dari Tanjung, Langkang, Basi dari Batang Ai Hilir Engkilili dan Sungai Skrang.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Residen (Pembangunan) Sri Aman, Desmond Jerukan, Pegawai Tadbir Sarawak dari Pejabat Daerah Sri Aman, Rickson Jauk dan ketua kaum dari kawasan ini.

Tamat

No comments:

Post a Comment