Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong bantu bina rumah baru Nek Isah




Caption: UNTUK MU...Ahli Briged Kebajikan Perdana, JKM Betong dan penduduk Kampung Paloh bergambar kenangan di hadapan rumah baru Nek Isah (belakang tengah) ketika berlangsungnya gotong-royong terbabit.

Jackson Nyelang Thomas

JKM Betong

BETONG, Khamis (21 Julai) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah mengadakan aktiviti gotong-royong membina kediaman Nek Isah di Kampung Paloh, Beting Maro, Betong baru-baru ini.

Jurucakap penganjur memberitahu aktiviti gotong-royong anjuran salah satu unit JKM Bahagian Betong iaitu Briged Kebajikan Perdana itu melibatkan seramai 15 orang ahli daripada unit berkenaan.

“Aktiviti gotong-royong membina kediaman baru Nek Isah ini juga mendapat kerjasama daripada 30 orang penduduk Kampung Paloh yang diketuai oleh Ketua Kampung mereka iaitu Abang Morshidi Abang Busrah.

“Manakala itu unit JKM Bahagian Betong iaitu Briged Kebajikan Perdana yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini pula telah diketuai oleh Ronie Besri dan Abdul Shamat,” katanya.

Menerusi aktiviti gotong-royong ini, pihak Briged Kebajikan Perdana dan penduduk Kampung Paloh katanya telah berjaya menyiapkan kerja pembinaan semula kediaman baru Nek Isah terbabit dalam tempoh satu hari ini.

Aktiviti terbabit menurut beliau secara tidak langsung akan meringankan lagi beban yang ditanggung oleh Nek Isah selepas ini hasil usaha pihak JKM Bahagian Betong dan juga penduduk Kampung Paloh.


Terdahulu kisah penderitaan Nek Isah yang tinggal di rumah usang mula menarik perhatian banyak pihak setelah kisah mengenai beliau disiarkan dalam akhbar Utusan Sarawak sebelum ini.

Pihak JKM Bahagian Betong kemudiannya bertindak segera untuk membantu Nek Isah dengan menghulurkan sumbangan berupa pakaian, barang keperluan dapur dan yang lain-lain keperluan termasuk bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment