Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Guru yang mengajar di kawasan pedalaman perlu terima tugas dengan gembira


Caption: RASMI…Nyalau (tengah) dan Baba (kanan) bersama guru besar memotong kek sebagai tanda rasminya majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (22 Julai) – Warga pendidik yang berkhidmat di kawasan luar bandar perlu menerima tugas yang diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka dengan hati yang terbuka selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak berkata para guru di kawasan hulu sungai khasnya perlu sedar bahawa sumbangan mereka terhadap hidup rakyat amat bererti kepada pembangunan negara di masa akan datang.

“Lagipun pihak Kementerian Pendidikan telah memberi elaun hidup sukar kepada guru-guru yang bertugas di kawasan luar bandar sebagai suntikan semangat kepada guru terbabit.

“Justeru apabila anda dihantar bertugas di sekolah di hulu sungai maka terimalah tugas itu dengan hati yang gembira dan lakukanlah tugas dengan penuh didikasi demi anak-anak di kawasan pedalaman,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Majlis Guru Besar Daerah Lubok Antu di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kegigihan para guru dalam mendidik anak-anak kata beliau juga secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara di masa akan datang.

“Kuncinya bermula daripada para guru itu sendiri. Adalah amat mustahil negara mampu mencapai tahap kemajuan yang lebih memberangsangkan tanpa barisan modal insan berkualiti selepas ini,” katanya.

Nyalau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Lubok Antu untuk kegunaan mereka menjalankan aktiviti majlis terbabit.

Majlis yang disertai wakil daripada 28 buah sekolah rendah dalam pentadbiran Jabatan Pendidikan Dearah Lubok Antu itu turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu iaitu Baba anak Minggu.

Tamat…

No comments:

Post a Comment