Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Giatmara Sri Aman laksana Program Orientasi 2011






Caption: UNTUK ALBUM... Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat (empat kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan Hospital Sri Aman ketika berlangsungnya kempen derma darah di GIATMARA Sri Aman. Foto: ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Khamis (14 Julai) – Pusat GIATMARA Sri Aman telah menjalankan Program Orientasi yang 2011 membabitkan seramai 31 orang pelatih baru bagi sepanjang minggu pertama dan kedua dalam bulan ini.

Jurucakap penganjur berkata kesemua 31 orang pelatih baru ini telah mendaftar menerusi Sesi Pengambilan Pelatih Bagi Kursus Teknologi Sistem Komputer Dan Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan Untuk Sesi Julai 2011.

“Antara aktiviti yang berlangsung menerusi Program Orientasi ini adalah Program Minggu Suai Kenal Bersama-Sama Anggota Kerja GIATMARA Sri Aman, Program Keusahawanan Bersama Pegawai MARA Daerah Sri Aman iaitu Wan Ismail Wan Sanusi.

“Program Orientasi 2011 anjuran pihak Pusat GIATMARA ini juga turut diserikan dengan penganjuran aktiviti Kempen Derma Darah dan juga sesi lawatan ke Penjara Pusat Bahagian Sri Aman,” katanya.

Bagi tujuan kempen derma darah, pihak Pusat GIATMARA Sri Aman katanya telah menjemput Pegawai Unit Patologi, Hospital Bahagian Sri Aman bagi melaksanakan aktiviti kempen berkenaan bermula jam 9 pagi kelmarin.

Menurut beliau kempen derma darah membolehkan pihak GIATMARA membantu pihak Hospital Bahagian Sri Aman untuk mendapatkan bekalan darah bagi tujuan kegunaan pesakit yang memerlukan selepas ini.

“Kempen Derma Darah ini turut dijayakan menerusi kerjasama oleh para warga pusat GIATMARA Sri Aman dan Pegawai MARA Daerah Sri Aman yang turun padang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menderma darah,” katanya.

Selain itu beliau turut menambah bahawa Pusat GIATMARA Sri Aman masih lagi melakukan sesi pengambilan terbuka pelatih bagi Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan untuk sesi Julai 2011.

“GIATMARA Sri Aman juga menyediakan asrama bagi pelatih dari kawasan luar Bandar Sri Aman. Justeru penduduk tempatan dialu-alukan untuk mengikuti kursus anjuran GIATMARA Sri Aman dengan elaun RM1,200 selama enam bulan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment