Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2011

Gereja Saint Michael Engkilili terima RM300 K


Caption: SYABAS…..Nyalau (tiga kanan) menyampaikan cek bernilai RM300,000 kepada Winston (tiga kiri) sambil disaksikan Dr Rayong (tengah) dalam majlis itu.


ENGKILILI, Sabtu (9 Julai) – Gereja Saint Michael Engkilili telah menerima cek peruntukan bernilai RM300,000 daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di gereja tersebut hari ini.

Peruntukan bernilai RM300,000 yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya negeri lepas itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak kepada ketua gereja terbabit, Winstin Sokim.

Nyalau ketika ditemui berkata peruntukan daripada Kerajan BN itu akan membolehkan pihak Gereja Saint Michael, Engkilili membina rumah rehat dan pejabat baru di gereja berkenaan.

“Peruntukan ini membuktikan bahawa Kerajaan BN tidak mungkir janji ketika mengotakan janji mereka terhadap selepas atau sebelum pilihan raya berlangsung di negeri ini.

“Lagipun kita tidak memberikan sumbangan terhadap pihak tertentu sahaja memandangkan semua rakyat berlainan kaum dan agama berhak mendapat bantuan sama rata daripada kerajaan,” katanya ketika berucap ringkas pada majlis itu.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat di kawasan Engkilili untuk menjauhi segala aktiviti yang kurang berfaedah dalam hidup mereka terutama sekali yang membabitkan perhimpunan haram.

Katanya rakyat harus menjalin hubungan kerjasama yang lebih kukuh terhadap Kerajaan BN demi membolehkan rancangan pembangunan terlaksana dengan lebih lancar selepas ini.

“Jadi saya meminta rakyat untuk terus mempertahankan kelebihan ini dengan memastikan BN terus meneraju kerajaan pada pilihan raya Parlimen akan datang,” kata beliau.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Father Winston dan para ketua kaum dari sekitar kawasan Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment