Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 July, 2011

Futsal Jubli Emas SMK Simanggang bermula 5 Julai ini


Caption: BAKAL BERMULA...Pertandingan Futsal SMK Simanggang akan bermula pada 5 Julai ini di Stadium Tertutup , Kompleks Sukan Sri Aman.

- 2 Julai

Sejumlah 19 buah pasukan akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal sempena sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang bermula 5 hingga 8 Julai ini nanti di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.

Siaran berita hari ini memberitahu 19 buah pasukan terbabit adalah Joga Bonito, L 4, Farysha Team, Tambai Pengayau, Mospeda F.C, Penetretes, Frela Team, AY 17, KSK Bukit Begunan, Aveil Red’z, Prison, Bankers, G.K.L, Anonymous FC, Admin, K.B.J, Fokus, Golden Generation dan Delta FC.

Bagi pusingan pertama perlawanan, pasukan Joga Bonito, L 4 dan Farysha Team akan berentap dalam saingan Kumpulan 1 manakala pasukan Tambai Pengayau, Mospeda F.C, Penetretes akan bersaingan dalam Kumpulan 2.

Pasukan Frela Team, AY 17 dan KSK Bukit Begunan akan bersaing dalam Kumpulan 3 manakala pasukan Aveil Red’z, Prison dan Bankers pula akan bersaing dalam Kumpulan 4.

Sementara itu pasukan G.K.L, Anonymous FC, dan Admin akan berentap dalam saingan Kumpulan 5 manakala pasukan K.B.J, Fokus, Golden Generation dan Delta FC pula akan bersaing dalam Kumpulan 6.

Perlawanan pertama dalam Pertandingan Futsal sempena sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang ini bakal menyaksikan acara pembuka tirai yang menemukan pasukan K.B.J dan Fokus pada 5 Julai ini bermula jam 7 malam.

Pertandingan Futsal sempena sambutan Jubli Emas SMK Simanggang ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM300 untuk pasukan juara, RM200 untuk pasukan Naib Juara dan RM100 untuk pasukan pemenang tempat Ke-3.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada pasukan pemenang bagi pertandingan itu nanti akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment