Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 July, 2011

Fun Fair Sri Aman mula beroperasi






























Caption: SERONOK...Pengunjung sedang meninjau permainan yang ditawarkan bersempena dengan sambutan Pesta Ria Sri Aman 2011 malam tadi.


SRI AMAN, Jumaat – Lebih 1,000 orang pengunjung membanjiri kawasan tapak Pesta Ria 2011 bertempat di tapak Pasar Tamu Lama bersebelahan Stesen Bas Sarawak Transport Company (STC) dalam bandar Sri Aman yang telah mula dibuka kepada orang ramai semenjak 29 Jun lepas.









Tinjauan Utusan Sarawak mendapati bahawa Pesta Ria 2011 mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai walaupun Sri Aman dengan keadaan cuaca yang amat baik pada masa sekarang.









Tagok Sebun, 23, ketika ditemui berkata sambutan Pesta Ria 2011 kali ini dianggap lebih sederhana memandangkan jumlah acara pesta ria kali ini nyata kurang berbanding sambutan Pesta Ria sebelum ini.









“Hujan atau tidak saya tetap akan datang. Ini kerana Pesta Ria pada tahun ini dirasakan lebih baik kerana ada permainan baru Roda Gergasi dan Rumah Hantu yang semestinya menarik minat orang ramai,” katanya.









Nasir Wan Ibrahim, 19, berpendapat penganjuran Pesta Ria kali ini mampu menaikkan status ekonomi dan secara tidak langsung mempertingkat taraf hidup penduduk di kawasan bandar Sri Aman.









“Harapan saya ialah agar Pesta Ria seumpama ini terus diadakan pada masa seterusnya supaya lebih ramai pengunjung terutamanya yang datang dari luar datang kerana ianya secara tidak langsung boleh mempromosi bandar Sri Aman,” katanya.









Kelebihan sambutan Pesta Ria 2011 kali ini kemasukan percuma untuk semua pengunjung termasuk orang dewasa dan kanak-kanak berbanding bayaran RM2 untuk sambutan pesta sebelum ini.









Orang ramai yang berkunjung ke Pesta Ria berpeluang menyertai pelbagai jenis permainan menarik yang disediakan dalam temasya berkenaan disamping menyaksikan persembahan lagu oleh artis rakaman Iban tempatan di negeri ini.









Tamat.

No comments:

Post a Comment