Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Final Kejohanan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz : MPOB Elite VS Merah Junior hari ini!!








- 21 Julai

Adiey Safarman

Pasukan Merah Junior FC dan MPOB Elite mara ke perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz 2011 setelah menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok.

Pasukan pertama yang berjaya mara ke perlawanan akhir iaitu Merah Junior FC berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir apabila menumpaskan pasukan RISDA United dengan jaringan gol 3-2.

Pasukan Merah Junior bimbingan jurulatihnya iaitu Kasdi Pandi telah tampil dengan corak permainan berhati-hati sehingga berjaya menguasai babak pertama perlawanan apabila Azlan Ajis selepas berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30 dengan memperdayakan pertahanan dan penjaga gol RISDA United iaitu Ismat Adha.

Bagaimanapun pasukan RISDA United berjaya menyamakan kedudukan terhadap pasukan lawan menerusi penyerangnya iaitu Mohammad Saffarudin setelah berjaya merembat kencang hantaran Alexon Lores pada minit ke-40 perlawanan.

Babak separuh masa kedua perlawanan menyaksikan pasukan RISDA United mendahului Merah Junior FC dengan jaringan 2 – 1 setelah Abdul Aziz Yusup berjaya menjaringkan gol pada minit ke-53 perlawanan.

Pasukan Merah Junior kemudiannya kembali menggandakan asakan terhadap pasukan lawan sehingga Awang Mortadza berjaya menyamakan kedudukan dengan melorong mask bola ke gawang gol RISDA United hasil kesilapan penjaga gol dan pemain pertahanan mereka.

Pasukan RISDA United yang tampak bertenaga ketika melakukan serangan berbahaya terhadap pasukan lawan akhirnya akur terhadap kekuatan pasukan Merah Junior setelah penyerang gantian mereka, Emon menjaringkan gol pada minit ke-80 perlawanan.

Kelemahan benteng pertahanan pasukan RISDA United membolehkan Emon melakukan larian solo melepasi barisan pemain pertahanan dan seterusnya memperdayakan penjaga gol mereka pada minit berkenaan.

Sementara itu pasukan MPOB Elite mara ke perlawanan akhir setelah berjaya mencatat kemenangan tipis ke atas pasukan AC United dengan jaringan gol 1- 0 hasil tandukan Sapawie Chee hasul hantaran Amat Lapok pada minit ke-70 perlawanan.

Asakan berbahaya daripada jentera serangan pasukan AC United di bawah teraju bekas pemain Sarawak, Ram Farizul Ramlan nyata berjaya dipatahkan menerusi ketangkasan penjaga gol MPOB Elite iaitu Azwan Julai.

Pasukan AC United nyaris menyamakan kedudukan apabila rembatan Ram Farizul dari jarak 30 meter terkena palang gol sebelum pengadil perlawanan iaitu Mat Daud menghentikan perlawanan disebabkan insiden tertentu sehingga kemenangan diberi kepada MPOB Elite.

Oleh yang demikian status kejuaraan pertandingan ini bakal ditentukan antara pasukan MPOB Elite dan Merah Junior FC menerusi perlawanan akhir yang akan berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok pada 23 Julai ini (Sabtu).

Terdahulu Jurulatih Merah Junior FC, Kasdi Pandi mengulas lanjut mengenai perlawanan itu mendapati barisan anak buahnya kelihatan agak tertekan dengan asakan hebat yang dilakukan oleh pemain lawan (RISDA United).

“Pada mulanya para pemain agak lambat menemui rentak sehinggalah semangat perjuangan mereka mula meningkat apabila para pasukan lawan (RISDA United) dahulu menguasai permainan.

“Saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan terutama sekali pada bahagian serangan yang dilihat serba tidak menjadi. Justeru saya akan memastikan kelemahan terbabit diatasi pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Manakala itu Pengurus MPOB Elite, Khairul Nazlie berkata keputusan kemenangan tipis ke atas pasukan AC United nyata melegakan pihak pengurusan dan bercadang untuk memperkemaskan lagi strategi di bahagian barisan hadapan selepas ini.

“Masih banyak lagi strategi yang akan disusun sebelum menjelangnya perlawanan akhir nanti walaupun pasukan kami berjaya mencatatkan kemenangan yang penuh bermakna berkenaan.

“Syabas buat pemain yang berjaya menunjukkan komitmen dalam perlawanan tersebut terutamanya Sapawie Chee yang telah berjaya menjaringkan gol kemenangan kami pasukan kami,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment