Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

Copa Cabana juara Futsal 1 Belia 1 Malaysia Parlimen Saratok




Caption:

1. KAMI JUARA...Pasukan Coba Cabana bergambar kenangan selepas memenangi pertandingan itu.

2. UNTUK ALBUM...Pasukan yang berentap dalam saingan akhir bergambar kenangan sebelum bermulanya kejohanan itu. Foto: ADIEY SAFARMAN

- 24 Julai

Pasukan Copa Cabana telah dinobatkan menjadi Juara Futsal 1 Belia 1 Malaysia P.205 Saratok setelah menewaskan pasukan U-Bwin pada pertandingan akhir yang berlangsung di gelanggang Futsal LAKIS, Saratok baru-baru ini.

Perlawanan akhir Futsal 1 Belia 1 Malaysia P.204 Saratok yang berlangsung dengan penuh sengit itu menyaksikan pasukan Copa Cabana membelasah pasukan pasukan U-Bwin dengan jaringan gol 4 - 2.

Dengan kemenangan ini pasukan Copa Cabana telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500, piala kejuaraan pertandingan dan pingat untuk para pemain.

Manakala itu pasukan naib juara kejohanan futsal berkenaan iaitu U – Bwin telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 berserta dengan piala dan pingat.

Terdahulu pengerusi pengelola pertandingan terbabit iaitu Federick Jengan berkata objektif utama kejohanan itu ialah menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memperkasakan kualiti dan pembangunan belia Malaysia menerusi program sukan, khususnya futsal yang semakin digilai golongan belia di negara ini.

"Kejohanan ini diperkenalkan dengan objektif menerapkan gaya hidup sihat di kalangan belia Malaysia di samping memberi sokongan terhadap kempen 1Belia 1Malaysia menerusi aktiviti kecergasan dan gaya hidup yang sihat," katanya.

Beliau kemudiannya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang bagi pertandingan yang disertai oleh 37 buah pasukan untuk kategori lelaki tujuh pasukan bagi kategori wanita.

Tamat.

No comments:

Post a Comment