Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

CNI Sri Aman adakan Program Periksa Kesihatan Percuma 24 - 26 Julai



Mugshot: Haiya.....SHELLYNA THIEN

SRI AMAN, Sabtu (23 Julai) – Pusat Pengedaran Creative Network International (CNI) cawangan Sri Aman akan mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara di tiga buah lokasi terpilih bermula hari ini (24 Julai) hingga 26 Julai kelak.

Pengurus Pusat Edaran CNI Sri Aman, Shellyna Thien Siew Chiang berkata program yang dilaksana menerusi Projek Komuniti Penyayang CNI ini akan berlangsung di Saratok, Betong dan Lubok Antu.

“Program pemeriksaan percuma Projek Komuniti Penyayang CNI ini akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang di Tingkat 1, Gerai Majlis Daerah Saratok pada hari ini (24 Julai - Ahad).

“Kemudian pada 25 Julai pula pihak kita akan mengadakan program yang sama di Kedai Serena Enterprise, Betong bermula dari jam 1.30 petang hingga 8 malam sebelum ia berakhir pada 26 Julai ini di Tokong Cina, Lubok Antu bermula dari jam pagi hingga 5.30 petang,” katanya.

Orang ramai menerusi program ini katanya berpeluang untuk mengikuti ujian saringan BMI, saringan lemak dalam badan, saringan gula dalam darah dan saringan tekanan darah disamping menerima khidmat nasihat dalam pemeriksaan kesihatan berkenaan.

Justeru pemeriksaan kesihatan secara percuma ini menurut Thien adalah merupakan satu peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan oleh orang ramai dari kawasan Saratok, Betong dan Lubok Antu.

“Orang ramai boleh mendapatkan nasihat khas daripada Pakar Perunding Pemakanan Kesihatan dari Kuala Lumpur iaitu Chung Moon Fook pada sesi itu nanti. Maklumat lanjut boleh diketahui dengan menghubungi saya di talian 019-8195313,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment