Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2011





Caption: BIASA...Seorang penunggang motorsikal sedang melimpasi bekas kawasan tapak sambutan Bazaar Ria yang kelihatan kotor sebaik sahaja tamat Pesta Benak Sri Aman 2011.


SRI AMAN, Selasa (5 Julai) – Sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 secara rasminya telah berakhir kelmarin dengan tapak Bazaar Ria masih menjadi perhatian pengunjung sehingga lewat tengah malam tadi.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati para pengunjung masih membanjiri tapak Bazaar Ria untuk membeli segala produk yang mereka mahu pada hari terakhir sambutan pesta berkenaan.

Dengan berpusat di kawasan berhampiran Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman, para penjual barangan makanan dan minuman menjadi antara peniaga Bazaar Ria terawal yang mula menutup gerai masing-masing malam tadi.

Ia juga termasuk para peniaga yang menawarkan permainan beraneka kepada pengunjung menerusi Bazaar Ria itu apabila mereka dilihat mula melakukan kerja menurunkan tapak sebelum tengah malam tadi.

Manakala itu peniaga produk aksesori dan pakaian masih bertahan hingga ke lewat malam tadi hingga kerja penutupan tapak perniagaan masing-masing berlangsung bermula waktu pagi hari ini.

Lazimnya, sehari selepas penganjuran Pesta Benak Sri Aman akan memperlihatkan longgokan sampah yang dibuang oleh para pengunjung di beberapa kawasan dalam pusat bandar ini.

Walaupun pihak penganjur telah menyediakan banyak tong sampah untuk membolehkan untuk pengunjung namun terdapat ramai di antara mereka yang masih membuang sampah di kawasan longkang dan tebing jalan dalam bandar ini.

Namun begitu pihak Majlis Daerah Sri Aman telah melakukan kerja mereka untuk membersihkan sampah terbabit pada hari ini demi memulihkan keadaan asal Bandar Sri Aman.

Kesimpulannya sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 kali dianggap amat menarik oleh ramai pengunjung sehingga majoriti mereka menganggap pesta terbabit harus menjadi acara tahunan utama bagi Bandar Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment