Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Budayakan amalan hidup sihat - Wong



Caption: RASMI...Wong (empat kiri) ketika bersama (dari kiri sekali) Hayati, Mong, Rohani, Masir, Felicia dan Murni merasmiklan majlis berkenaan kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (22 Julai) – Rakyat harus mula membudayakan gaya hidup sihat yang berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani mulai sekarang kata Menteri Alam Sekitar Dan Kesihatan Awam, Dato Sri Wong Soon Koh.

Menurut beliau membudayakan gaya hidup sihat adalah amat penting memandangkan gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian menentukan prestasi pekerjaan serta tempoh hayat seseorang individu berkenaan.

“Untuk memastikan keadaan ini memberi impak yang baik kepada kehidupan kita setiap hari maka rakyat digalakkan bersederhana dalam semua perkara termasuk pengambilan makanan serta minuman.

“Namun begitu timbul persoalan besar apabila ramai di antara rakyat kita yang mengabaikan usaha menjaga tahap kesihatan diri sendiri pada masa sekarang,” menurut beliau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan II berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Dan Kempen Cara Hidup Sihat 2011 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Selain itu Wong juga mengalakkan ibubapa untuk mengajak anak-anak berkongsi pandangan disamping mendisplinkan diri mereka dengan bersembahyang dan bersukan pada waktu terluang.

Malah beliau juga menasihatkan ibubapa untuk mengenalpasti individu yang berkawan dengan anak-anak mereka demi mengelakkan golongan generasi muda itu terjebak dalam kancah aktiviti tidak sihat.

“Justeru saya meminta semua pihak khasnya ibubapa untuk sedar bahawa anak-anak adalah merupakan permata berharga yang akan menyumbang kepada pembangunan pesat negara di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, wakil Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Rohani Mat Bah, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Kesihatan Sri Aman, Dr Murni Hayati Ali dan Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Hajah Hayati Jaafar.

Terdahulu Hari Kesihatan Sedunia Dan Kempen Cara Hidup Sihat 2011 Peringkat Negeri Sarawak yang bermula semenjak 18 Julai lepas hingga hari ini telah diserikan dengan Aktiviti Senam Seni Kenyalang, Berjalan 10,000 Langkah, Edaran Risalah dan Poster, Tayangan Video, Taklimat, Pameran dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment