Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

anak bolah maju jika ibubapa tak jemu - Nyalau


Caption: TERIMA KASIH...Penolong Kanan I, Lichong Deli (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Nyalau (kanan) sambil disaksikan oleh Sampang (tengah) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Ahad (24 Julai) – Seseorang boleh maju dalam hidup sekiranya mereka melengkapkan diri dengan ilmu intelektual yang tinggi atau mempunyai kemahiran dari segi teknikal dan kefahaman lengkap dalam bidang Teknologi Internet (IT).

Justeru ibubapa seharusnya tidak mudah jemu untuk menghantar anak-anak menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau ke pusat – pusat latihan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan itu.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kumpang, Lubok Antu baru-baru ini.

“Ada ibubapa yang tidak mempedulikan masa depan hidup anak-anak mereka dengan menyuruh mereka bekerja di ladang atau lain-lain pekerjaan yang tidak setimpal sebaik sahaja tamat persekolahan.

“Tindakan ini tidak wajar sebab anak-anak boleh maju dalam hidup sekiranya mereka diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke IPT awam dan swasta atau menghantar mereka ke pusat latihan kemahiran selepas itu,” katanya.

Selain itu tindakan cekap ibubapa menghantar anak menyambung pelajaran secara tidak langsung akan mengisi kekosongan tenaga kerja mahir yang terdapat di dalam negara ini pada masa akan datang.

Dengan kata lain tindakan mereka kata Nyalau akan membantu kerajaan mewujudkan golongan modal insan berkualiti tinggi yang bakal menjadi pewaris pembangunan negara menjelang tahun 2020 kelak.

“Atas sebab ini saya menasihatkan ibubapa agar tidak kedekut mengeluarkan belanja untuk menampung pelajaran anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi mula sekarang,” katanya.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM15,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Nanga Kumpang.

Turut hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Guru Besar SK Nanga Kumpang, Banyong anak Pusa dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Nanga Kumpang iaitu Sampang anak Belanda.

Tamat.

No comments:

Post a Comment