Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Amal budaya orang Jepun - Razi


Caption: CERIA...Razi (dua kanan) ketika bersama Uggah (dua kiri), Penghulu Abang Kifrawi Abang Rukaili dan SAO Dr. James Luing pada program itu.


DEBAK, Jumaat (22 Julai) – Penduduk dalam kawasan Saribas digalak untuk mempelajari budaya orang Jepun yang menjadikan aktiviti sukan sebagai platform bagi mereka mengeratkan hubungan perpaduan serta silaturahim antara satu sama lain sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohd Razi Sitam berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penangguhan Program 1 Sukan 1 Kampung 1 Malaysia N.30 Saribas di Kampung Debak Laut, Betong baru-baru ini.

“Orang Jepun sering berhimpun dengan acara itu (bersukan). Apabila ia berlaku, hubungan perpaduan di antara mereka dapat dipertingkat dan seterusnya menyumbang kepada negara mereka sendiri.

“Justeru saya mengalakkan penduduk di Saribas untuk sering mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka kerana ia platform untuk semua pihak bagi sama-sama berhimpun serta bersenam selepas ini,” katanya.

Selain itu aktiviti bersukan kata Razi juga secara tidak langsung akan mewujudkan komuniti sihat dikalangan penduduk Saribas sesuai dengan visi kerajaan yang mahu mewujudkan modal insan berkelas tinggi di masa akan datang.

“Atas sebab ini saya mengalakkan ibubapa untuk mula memupuk minat gemar bersukan dikalangan anak-anak demi mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti tidak sihat selepas ini,” katanya.

Majlis Perasmian penangguhan 1 Sukan 1 Kampung 1 Malaysia Kawasan N.30 Saribas ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas.

Program 1 Sukan 1 Kampung 1 Malaysia Kawasan N.30 Saribas anjuran Badan Bukan Kerajaan Kampung Debak Laut ini telah disertai sejumlah enam buah kampung dari kawasan terbabit.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PBB cawangan N.30 Saribas, ASP (B) Haji Piee Alwi, Timbalan Pergerakan Pemuda PBB Saribas, Hazemi Entek, Ketua Kampung Debak Laut Hulu, Hj Muhamad Jemain, Ketua kampung Debak Laut Hilir, Haji Laji Elai dan Pengerusi Lembaga Masjid Darul Iman, Debak Laut, Lola Haji Julai.

Tamat.

No comments:

Post a Comment