Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 July, 2011

Alisya Josephine Karim juara Miss Tourisme Benak 2011




SYABAS...Alisya Josephine Karim (tengah) dinobatkan Ratu Benak Pelancongan 2011 ditemani Naib Johan, Shazwin Naziela Mohd. Zufairi (kiri) dan Tempat ketiga Helina Sarani Saba pada pertandingan Akhir Ratu Benak Pelancongan 2011 yang berlangsung sempena Pesta Benak 2011 Sri Aman, malam semalam. FOTO: MUHAMMAD RAIS SANUSI

SRI AMAN, Ahad (2 Julai) – Tuah menyebelahi Alisya Josephine Karim apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Ratu Pelancongan Benak atau Miss Tourism Benak 2011dalam pertandingan akhir yang berlangsung di sini malam tadi.

Josephine, 24, dari Bintulu yang berjaya menewaskan sembilan orang peserta Pertandingan Miss Tourism Benak ini memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM1,200 dengan piala kejuaraan, baucer dan selempang.

Kedudukan naib juara untuk Pertandingan Ratu Pelancongan Benak ini telah dimenangi oleh Shazwin Naziela Mohd Zufairi, 19, dari Sarikei yang memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM1,000, selempang, piala dan baucer.

Manakala itu kedudukan tempat ke-3 dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Benak ini pula telah dimenangi oleh Helina Sarani Saba,23, dari Bintulu yang memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM800, selempang, piala dan baucer.

Kategori Miss Photogenik pula menyaksikan Lydia Desmond Bangga, 22, dari Sri Aman dinobatkan sebagai pemenang dengan Maloney Patrick Teli, dari Bintulu memenangi Miss Talentd untuk pertandingan itu.

Isteri kepada Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah selaku tetamu kehormat bagi pertandingan itu telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Jabu Numpang, Menteri Perumahan dan Pelanconga, Datuk Amar Abang Johari Haji Openg, Ahli Dewan Negara, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat adalah tetamu khas jemputan bagi pertandingan itu.

Pertandingan Ratu Pelancongan Benak 2011 yang disaksikan lebih daripada 1,000 orang pengunjung Pesta Benak itu telah diserikan lagi dengan pertunjukkan bunga api sebaik sahaja keputusan pertandingan diumumkan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment