Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

4 pasukan melangkah ke semi final Pertandingan Bola Sepak PIala YB Abdul ahab Aziz 2011



Caption: SIAPA KE FINAL? Merah Junior (atas kiri), MPOB Elite (bawah kiri), Risda United (atas kanan) dan AC United (bawah kanan) bakal berentap dalam saingan separuh akhir pada 16 dan 17 Julai ini.

- 12 Julai

Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz 2011 semakin hampir ke kemuncak saingan apabila empat buah pasukan berjaya menempah tiket ke saingan separuh akhir pertandingan itu pada 16 dan 17 Julai ini bertempat Padang Majlis Daerah Saratok.

Empat pasukan yang berjaya menempah tiket ke saingan separuh akhir Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz 2011 berkenaan adalah Merah Junior FC, RISDA United, AC United dan MPOB Elite.

Dalam perlawanan suku akhir pertama lepas, Merah Junior FC berjaya mara ke separuh akhir apabila membenam FC Jingga dengan jaringan gol 1- 0 setelah pasukan lawan menjaringkan gol sendiri hasil hantaran sepakan percuma oleh pemain Merah Junior iaitu Saiful Amin.

Corak permainan daripada kedua-dua pasukan ditafsir sebagai kurang menyerlah berkemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca yang begitu panas hingga Merah Junior dan FC Jingga hilang tumpuan pada perlawanan tersebut.

Pasukan kedua yang mengisi tempat di saingan separuh akhir ialah RISDA United yang berjaya mencatat kemenangan selesa ke atas pasukan pencabar utama kejohanan iaitu Repkajaya menerusi jaringan gol 2 – 0 pada perlawanan saingan kedua suku akhir lepas.

Penyerang RISDA United, Faizal Wahid dan pemain pertahanan, Diddie Bujang mencatat nama kemenangan pasukannya apabila masing-masing berjaya melakukan jaringan untuk mengesahkan pasukan itu ke saingan separuh akhir perlawanan.

Namun begitu pasukan Repkajaya dilihat seakan-akan hilang punca ekoran ketiadaan tonggak utama mereka dan menyebabkan mereka bermain bertungkus lumus menerima asakan daripada pasukan RISDA United.

RISDA United yang bermain cemerlang di bahagian pertahanan nyata membataskan pergerakan penyerang Repkajaya untuk mengatur serangan hingga penjaga gol mereka iaitu Ismat Adha muncul wira setelah menyelamatkan dua sepakan penalti daripada pasukan Repkajaya.

Sementara itu saingan suku akhir ketiga pula menyaksikan pasukan AC United menang tipis ke atas pasukan BPL City menerusi jaringan gol 2 – 1 setelah kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang masa perlawanan terbabit.

Manakala itu saingan suku akhir terakhir perlawanan bola sepak berkenaan pula menyaksikan pasukan MPOB Elite membelasah pasukan Tinting Teras Mali (TTM) menerusi jaringan gol 6 – 1.

Pasukan MPOB Elite menguasai babak separuh masa pertama perlawanan setelah mendahului TTM dengan jaringan gol 5 – 0 sehinggalah sang pendahulu hilang rentak permainan pada babak separuh masa kedua dengan keputusan muktamad perlawanan 6 – 1.

Berikut adalah jadual perlawanan saingan separuh akhir yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Julai ini nanti:

SEPARUH AKHIR PERTAMA

16 JULAI 2011 (SABTU)

MERAH JUNIOR FC VS RISDA UNITED

03.30 PETANG

PADANG MDS SARATOK

SEPARUH AKHIR KEDUA

17 JULAI 2011 (AHAD)

AC UNITED VS MPOB ELITE

03.30 PETANG

PADANG MDS SARATOK

Tamat.

No comments:

Post a Comment