Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2011

33 orang pelatih Giatmara Sri Aman dirai menerusi majlis graduasi



Caption:

1. BANGGA...Antara pelatih GIATMARA yang bergambar kenangan bersama Skrol Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia masing-masing setelah tamat majlis itu.

2. TAHNIAH...Faizal (kiri) menyampaikan hadiah kepada pelatih terbaik keseluruhan, Hucthinson Bujang ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (4 Julai) - Seramai 33 orang pelatih GIATMARA Sri Aman telah diraikan dalam Majlis Graduasi GIATMARA Sri Aman 2011 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Kesemua pelatih yang diraikan dalam majlis ini telah menamatkan kursus Persijilan Professional GIATMARA Malaysia dan menerima Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia.

Menerusi majlis graduasi terbabit, Hutchinson Bujang Jublin telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Teknologi Sistem Komputer manakala Jerina Johnny dari Serian pula dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik bagi Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan.

Hutchinson Bujang Jublin muncul Pelatih Terbaik setelah beliau berjaya memperolehi mata keterampilan tertinggi bagi kursus itu dalam sistem “GIATMARA Competency Point Average”.

Pembantu Eksekutif GM Sri Aman, Rosni Wahid, menerusi majlis itu turut diraikan bersempena dengan perpindahan beliau ke GIATMARA Sibuti setelah menabur bakti selama enam tahun di Sri Aman.

Terdahulu Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat ketika berucap semasa perasmian majlis tersebut menegaskan tentang kesediaan menghadapi temuduga kepada semua pelatih GIATMARA.

Beliau berkata bahawa keputusan dan sijil yang hebat tidak akan memadai bagi pelatih berkenaan jika dirinya sendiri tidak mempunyai sebarang keyakinan ketika menghadapi temuduga.

“Keyakinan untuk seseroang pelatih terbabit dalam menghadapi proses temuduga adalah merupakan aset penting dalam memohon pekerjaan di samping penampilan dan sahsiah rupa diri,” katanya.

Beliau juga menambah GIATMARA kini memainkan peranan berperanan dalam pelbagai aspek termasuklah dalam Program Perantisan, Program Bantuan Rumah (PBR), pewujudan Inkubator Usahawan dan banyak lagi.

“Sesi baru GIATMARA Sri Aman akan bermula pada bulan Julai ini. Justeru, belia yang berminat untuk menyertai latihan kemahiran di GIATMARA boleh memohon terus ke GIATMARA Sri Aman.

“Permohonan masih dibuka untuk kedua-dua kursus dan transit disediakan bagi pemohon yang berasal dari luar Sri Aman,” katanya sambil menambah pihaknya menawar banyak keistimewaan kepada mereka antaranya ialah menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia.

Kini, pelatih Solekan dan Terapi Kecantikan, Mary Emelda bersama Tenaga Pengajar, Puan Sabrina binti Abdul Rahim sedang menggalas cabaran di Peringkat Akhir Pertandingan Kemahiran Malaysia di CIAST, Shah Alam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment