Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2011

30 kakitangan JKM Betong hadiri taklimat Kaunseling



Caption: FOKUS...Kakitangan JKM Bahagian Betong sedang memberikan perhatian ketika berlangsung sesi taklimat itu baru-baru ini.


BETONG, Selasa (5 Julai) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah mengadakan Taklimat Unit Perkhidmatan Dan Kaunseling bertempat di bilik mesyuarat jabatan berkenaan baru-baru ini.

Taklimat Unit Perkhidmatan Dan Kaunseling yang membabitkan seramai 30 orang kakitangan JKM Bahagian Betong itu telah bermula pada jam 3 petang dan telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi jabatan terbabit iaitu Jocelyn Ahok.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata taklimat ini bertujuan untuk memulihkan tingkah laku, tingkah laku, kognitif dan emosi dikalangan para klien / kakitangan jabatan berkenaan.

“Selain itu taklimat ini juga bertujuan untuk memupuk, membangun dan mempertingkatkan keupayaan kendiri dikalangan klien / jabatan disamping memulihkan kefungsian keluarga klien serta kakitangan jabatan itu sendiri,” katanya.

Justeru mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan kaunseling ini katanya boleh datang sendiri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Negeri yang berhampiran.

Beliau turut menambah bahawa klien boleh menghubungi telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji, melalui surat-menyurat atau menghantar pesanan ke mail elektronik ke joce0210@yahoo.com.

“Semua permohonan perkhidmatan kaunseling akan diberi layanan mesra berdasarkan Kerja Ikhtisas. Maklumat yang diberi pada sesi kaunseling akan dirahsia dan pelanggan dibimbing untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.


Terdahulu ‘kaunseling’ bermaksud suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan penyesuaian itu berterusan sepanjang hayat klien.


Unit Kaunseling Dan Psikologi menyediakan khidmat kaunseling yang bercirikan hubungan mesra dengan klien, empati, penerimaan tanpa syarat, ikhlas dan beretika bagi menolong klien yang memerlukan bantuan dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment