Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 June, 2011

Zaimie Team juara Kejohanan Liga Bola Sepak Sri Aman - Naim 2011


LA.P.D team - cabaran berakhir setelah tumpas di tangan Zaimie Team

Barisan handalan

2. BERENTAP!!!Pemain Zaimie Team iaitu Ishrak Ismail sedang mengawal bola ketika bertemu dengan pasukan LA.P.D kelmarin.

1.SANG JUARA...Pasukan Zaimie Team bergambar kenangan sebelum bermula perlawanan ke-8 terhadap pasukan LA.P.D di sini kelmarin.


Caption:



- 14 Jun

Pasukan serba kental iaitu Zaimie Team telah dinobatkan sebagai juara Liga Bola Sepak Sri Aman – Naim 2011 setelah membelasah pasukan LA.P.D dengan jaringan gol 8 -1 dalam perlawanan ke-8 liga terbabit di Padang Lama KPSU Sri Aman petang kelmarin.

Gol-gol pasukan Zaimie Team telah dijaringkan oleh Jameri Bujang (minit 11, 22), Hairil Jaafar (minit 40), Nik Yunus Ilahi (minit 66), Abang Azharuddin (minit 70), Nik Ishak Ilahi (minit 75, 95) dan Rahmat Shah (minit 85).

Manakala itu gol saguhati pasukan LA.P.D pula telah diperoleh menerusi Rextor Sanging pada minit ke-32 perlawanan.

Dengan kemenangan ini, sang juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 bersama dengan piala kejuaraan liga dan pingat bagi Liga Bola Sepak Sri Aman – Naim 2011 itu.

Terdahulu, Zaimie Team telah pun mengesahkan kejuaraan liga mereka apabila berjaya memperoleh sejumlah 21 mata dengan memenangi kesemua tujuh buah perlawanan sebelum itu.

Pasukan AY17 pula sah muncul sebagai naib juara liga dengan memperoleh sejumlah 17 mata setelah menang lima kali perlawanan, dua kali seri dan satu kali kalah dalam saingan liga berkenaan.

Bagaimanapun kedudukan tempat ke-3 masih menjadi rebutan apabila dua buah pasukan di tangga ke-4 dan ke-5 liga iaitu FASA Team dan Kelab Rakan Muda PRS Engkilili bakal bertemu dalam perlawanan ke-8 iaitu perlawanan penutup liga pada hari Sabtu ini.

Dengan kedua-dua pasukan setakat ini meraih 11 dan 10 mata pada perlawanan ke-7 mereka, FASA Team boleh memintas pasukan PDRM Sri Aman di tangga ke-3 liga yang kini hanya meraih 13 mata menerusi lapan buah perlawanan jika mereka berjaya menewaskan pasukan Kelab Rakan Muda PRS Engkilili.

Pasukan Kelab Rakan Muda PRS Engkilili pula boleh menduduki tangga ke-3 liga jika mereka berjaya menewaskan pasukan FASA Team dengan syarat sekiranya pasukan itu mampu memperoleh jumlah jaringan yang lebih banyak berbanding dengan pasukan PDRM Sri Aman.

Pasukan LA.PD sah berada di tangga kedudukan ke-6 liga dengan pasukan Sokanjaya FC, Datilla FC dan GOF FC masing-masing menduduki tangga kedudukan ke-7, ke-8 dan ke-9 dalam liga terbabit.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan juara, naib juara dan pemenang tempat ke-3 bagi Liga Bola Sepak Sri Aman – Naim 2011 yang bermula semenjak 28 Mac lalu itu akan disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis pada awal bulan Julai ini.

Liga Bola Sepak Sri Aman – Naim 2011 telah menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM5,000, piala kejuaraan liga dan pingat kepada pasukan juara manakala pasukan naib juara dan tempat ke-3 pula akan memperoleh hadiah bernilai RM3,000 dan RM2,000 beserta dengan piala iringan dan pingat.

Tamat.

1 comment: