Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 June, 2011

YB Razi lawat balik tempat kerja lama







Caption: TERIMALAH...Razi (kiri) menyerahkan cek kepada Samsudin ketika berlangsung sesi lawatan kerja di PPD Betong.

Saleman Senin

BETONG, Ahad (19 Jun) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky @ Razi Mohd Razi Sitam telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong baru-baru ini.

Wakil rakyat baru bagi kawasan DUN Saribas terbabit telah mengadakan kunjungan ke PPD Betong sebagai salah satu dari rangka lawatan kerjanya dalam sekitar kawasan pentadbiran beliau.

“Sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh rakan- rakan ketika memulakan kerjaya di sini telah menjadi tonggak ke arah kejayaan Jabatan Pelajaran Daerah Betong (PPD).

“Bagi saya jabatan pelajaran adalah yang terbaik dan akan terus menjadi penyumbang disebalik kejayaan seseorang pemimpin,” kata Razi ketika berucap ringkas pada sesi lawatan kerja berkenaan.

Beliau menerusi ucapannya juga turut menambah bahawa jabatan pelajaran menjadi ‘tulang belakang’ kepada terhadap kejayaan sesebuah sekolah iaitu dengan menguruskan pengurus penganjuran pelbagai kursus yang disediakan oleh mereka menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Terdahulu Razi pada sesi lawatan kerja berkenaan telah menyerahkan cek sumbangan bernilai RM 5,000 kepada Pegawai PPD Betong, Samsudin bin Drahman demi menjayakan penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) peringkat Bahagian Betong yang telah berlangsung sebelum ini.


Sumbangan tersebut merupakan perangsang kepada kejayaan murid-murid yang dibimbing pada peringkat sekolah untuk terus maju dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Lawatan kerja oleh Razi ke situ yang merupakan bekas kakitangan PPD Betong sebelum memenangi kerusi DUN Saribas pada pilihan raya negeri lepas telah memberi peransang terhadap kakitangan jabatan terbabit untuk memajukan pendidikan di Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment