Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

Wilter Lait dinobat Keling Kanak Kanak Gawai Sebangki Panjai 2011



Caption: BERTUAH...Juara Pekit Keling Kanak-Kanak iaitu Wilter (dua kanan) bersama Kimy (kanan sekali) dan Adar (dua kiri) ketika bergambar kenangan bersama Jubang (belakang dua kiri) sebaik sahaja tamat program itu.


LUBOK ANTU, Isnin (13 Jun) – Tuah menyebelahi Wilter Lait anak Edwin setelah dinobatkan sebagai Keling Sbangki Panjai yang diadakan sempena Pekit Keling Kanak-Kanak Gawai Dayak 2011 yang berlangsung di rumah panjang berkenaan baru-baru ini.

Wilter, 6, pelajar Tadika Sekolah Kebangsaan Saint Luke Sri Aman berjaya membawa pulang hadiah berupa piala kejuaraan menerusi pertandingan anjuran Biro Wanita Tuai Rumah Jubang, Sbangki Panjai, Lubok Antu terbabit.

Kemy Itap anak Donny, 6, dan Ronal Adar anak Berandi, 8, pula muncul pemenang tempat kedua dan tempat ketiga dengan Marcos Taing anak Adam, 7, menerima hadiah saguhati bagi pekit keling terbabit.

Manakala itu Pekit Kumang Kanak-Kanak Sbangki Panjai Gawai Dayak 2011 pula menyaksikan Cardellia Manyie anak Bajat dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan berkenaan.

Kedudukan naib juara bagi Pekit Kumang Kanak-Kanak Sbangki Panjai Gawai Dayak 2011 ini pula disandang oleh Valentina Sandara anak Dullah manakala Felecia Rose pula berada di tempat ketiga bagi pertandingan itu.

Terdahulu kesemua Pekit Kumang yang disertai seramai lapan orang peserta itu menyaksikan Tuai Rumah Jubang anak Bin diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment