Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 June, 2011

STU Sri Aman usul dua perkara baru kepada kerajaan




Caption:

1. MUKA BARU...Barisan AJK STU Bahagian Sri Aman Penggal 2011-2013 bergambar bersama Jee (tiga kiri) dan Naib Presiden STU, Irie Ambau (tiga kanan) dan Goh (dua kiri) sebaik saja tamat mesyuarat berkenaan.

2. TERIMALAH....Jee menyerahkan hasil kutipan derma untuk Tabung Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun yang diinisiatifkan oleh Education International kepada Irie sambil disaksikan oleh barisan AJK STU Bahagian Sri Aman.

Goh Kaw Sze

SRI AMAN, Rabu (22 Jun) - Guru digalak untuk menyertai Kesatuan Guru Sarawak (STU) demi menjamin kewibawaan profession masing-masing tegas Naib Presiden STU Zon Selatan, Irie Ambau.

Beliau menerusi siaran akhbar yang diterima hari ini berkata penyertaan mereka dalam STU juga akan dapat menjaim peranan kesatuan dalam membantu mempertingkatkan profesionalisme para guru dari masa ke semasa.

“Justeru saya menyeru lebih ramai guru muda menyertai STU supaya suara daripada peringkat akar umbi akan dapat didengar selepas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 STU Bahagian Sri Aman di sebuah hotel tempatan dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Terdahulu sejumlah dua buah usul dibahas dan diterima dalam mesyuarat terbabit antaranya ialah mendesak kerajaan melaksanakan Skim Gaji Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dengan segera, sebaik-baiknya dalam Bajet 2012 dan cadangan untuk menubuhkan kampus Institut Peguruan (IPG) di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia.

Usul pertama iaitu Skim Gaji Bersepadu akan dapat menyelesaikan masalah penambahbaikan skim gaji secara berasingan (seperti pengumuman Hari Guru tahun ini) yang tidak dapat menyelesaikan masalah serta gagal memuaskan hati semua kakitangan perkhidmatan pelajaran sehingga boleh mewujudkan kekecohan dalam perkhidmatan itu

Manakala itu penubuhan IPG di Sri Aman menerusi usul kedua ini adalah amat perlu demi mengisi kekosongan pusat pendidikan tertiari (pasca menengah) yang masih belum wujud di kawasan ini.

“Ia juga dijangka merangsang pembangunan setempat. Maka itu penubuhan sebuah lagi IPG di Sri Aman akan dapat meringankan tugas latihan yang dikendalikan oleh empat buah IPG sedia ada di Sarawak disamping memberi peluang kepada lebih ramai anak tempatan untuk mendapat latihan perguruan selepas ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Mesyuarat tahunan yang dihadiri lebih daripada 50 orang ahli itu menyaksikan Goh Kaw Sze dipilih menjadi Pengerusi STU Bahagian Sri Aman bagi sesi 2011 – 2013 dengan Andrew Bugie dan Kullin Dayang dipilih sebagai Naib Pengerusi dan Setiausa kesatuan berkenaan.

Voon Yik Kuan dipilih sebagai Penolong Setiausaha, Ng Boi Hoi sebagai Bendahari, Helen Jack Sungul sebagai Penolong Bendahari dengan David Stephen, Bostami Amat dan Bong Yu Wan selaku ahli jawatankuasa.
 
Ahli Jawatankuasa Co-opted pula terdiri daripada Huang Huat Leong, Maling Rimbau dan Huriah Yatim manakala Thien Nge Kin dipilih sebagai Ketua Perhubungan Daerah Sri Aman dan Uvang Melay sebagai Ketua Perhubungan Daerah Lubok Antu dengan dua orang Juruaudit Dalaman iaitu Ting Yien serta Zuraida Robert.
 
Lima orang turut terpilih untuk mengisi barisan ahli Jawatankuasa Pemilihan iaitu Roslind Emeline Dundang, Jame Baya, Francis Tan, Goh Kau Hong serta Jubin Hilton Muda dengan Jenny Yon Limban dan Martha Junsam dipilih sebagai Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita.
 

Mesyuarat turut diserikan dengan upacara penyampaian hadiah galakan akademik yang disempurnakan oleh Irie kepada 20 anak-anak ahli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.

Tamat.

No comments:

Post a Comment