Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

Sokongan untuk Harden jadi menteri penuh semakin menggunung





Mugshot:

1. BAILY...Berkemampuan

2. DIO...Undop berubah wajah

3. EMPAGA...Demi pembangunan Sri Aman

SRI AMAN, Isnin (13 Julai) – Sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis untuk memegang jawatan menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Negeri kian bertambah daripada penduduk dalam kawasan DUN itu pada masa sekarang.

Penghulu Kawasan Undop Hilir, Bailey anak Gamang berkata beliau mewakili 48 orang Tuai Rumah dari kawasan Undop Hilir memohon pihak Kerajaan Negeri untuk menberi jawatan menteri penuh kepada wakil rakyat pada rombakan kabinet akan datang.

“Harden dengan kerjasama Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah berjaya mewujudkan pembangunan infrastruktur, pertanian dan kebajikan hidup di sini. Justeru beliau layak diberi tanggungjawab untuk menjadi menteri penuh,” katanya.

Ketua Cawangan PBB Kampung Empango Undop merangkap Tuai Rumah iaitu Dio anak Serit pula berkata kawasan Undop kini semakin berubah wajah semenjak Harden menjadi wakil rakyat mereka selama empat penggal.

Harden katanya amat disukai oleh penduduk di kawasan Empango sehingga mereka menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri melantik beliau untuk memegang jawatan menteri penuh selepas ini.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pembangunan N.27 Kawasan Jalan Paip, Empaga anak Penghulu Baily kawasan Sri Aman boleh membangun dengan lebih pesat sekiranya Harden dilantik menjadi menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Negeri.

“Bahagian Kedua (Sri Aman) tidak jauh dari Kuching. Maka adalah amat logik bagi kami sekiranya Sri Aman mempunyai seorang menteri penuh yang diwakili oleh seorang berkebolehan serta berwawasan.

“Saya mewakili generasi baru kawasan Jalan Paip, Sri Aman memohon jasa Kerajaan Negeri agar mempertimbangkan wakil rakyat kami iaitu Harden untuk diberi jawatan menteri penuh selepas ini,” menurut beliau.

Para ahli JKKK Taman Sri Jaya, Sri Aman yang diketuai oleh Tr Suai anak Ngelambong pula telah sebulat suara menyokong penuh Kerajaan Negeri untuk melantik Harden menjadi menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Negeri kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment