Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

Sertai Pertandingan Futsal 2011 sempena Jubli Emas SMK Simanggang 2011 4 - 9 Julai ini


SRI AMAN, Ahad (12 Jun) – Penduduk kawasan Sri Aman terutama sekali kaki futsal di sini dijemput untuk menyertai Pertandingan Futsal 2011 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang yang akan berlangsung dari 4 Julai hingga 9 Julai ini.

Balkis Naneng menerusi siaran berita kepada Utusan Sarawak memberitahu Pertandingan Futsal 2011 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman itu diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun sekolah berkenaan.

“Selain itu Pertandingan Futsal 2011 ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan para belia dalam kawasan Sri Aman disamping memeriahkan sambutan Jubli Emas SMK Simanggang.

“Pertandingan Futsal 2011 ini terbuka kepada seluruh warga Sri Aman yang berumur 18 Tahun Ke Atas. Justeru setiap pasukan yang berminat akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50,” katanya.

Borang penyertaan untuk Pertandingan Futsal 2011 kata Balkis lagi boleh didapati di SMK Simanggang dengan tarikh tutup penyertaannya yang berakhir pada 20 Jun ini.

“Pertandingan Futsal SMK Simanggang ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM300 untuk pasukan juara, RM200 untuk pasukan Naib Juara dan RM100 untuk pasukan pemenang tempat Ke-3,” katanya.

Sepak mula bagi Pertandingan Futsal 2011 SMK Simanggang ini akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat di di Kompleks Sukan Sri Aman pada 4 Julai kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment