Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2011

Sertai Pertandingan Fotografi sempena Pesta Benak ini



Caption: DIBUKA!!! Orang ramai dijemput untuk menyertai Pertandingan Fotografi yang diadakan bersempena Pesta Benak Sri Aman 2011 seperti yang dinyatakan menerusi poster terbabit.


SRI AMAN, Isnin (27 JUn) – Orang ramai dijemput untuk menyertai Pertandingan Fotografi bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 yang akan bermula dari 1 hingga 4 Julai ini nanti.

Dengan bertemakan ‘Warna Warni Pesta Benak 2011’, Pertandingan Fotografi sempena Pesta Benak ini dibuka penyertaannya kepada semua Warganegara Malaysia tanpa had umur.

Gambar hendaklah diambil semasa berlangsungnya Pesta Benak 2011 iaitu dari 1 hingga 4 Julai ini bertempat di Bandar Sri Aman.


Penyertaan hendaklah berdasarkan tema “Warna Warni Pesta Benak 2011” yang terbahagi kepada Kategori Photojournalism, Night Photography (Fotografi Malam) dan Nature,” kata penganjur.


Gambar bagi tujuan pertandingan itu nanti katanya hendaklah dicetak dalam saiz 8 inci x 12 inci sambil disertakan dengan salinan digital pada dimensi 8inci x 12 inci dengan resolusi 300dpi.


Gambar yang dikirimkan oleh peserta bagi tujuan pertandingan ini katanya hendaklah karya asli dan tidak pernah disiarkan pada mana-mana media cetakan, internet dan sebagainya.

Borang penyertaan boleh didapati di galeri Taman Panorama Benak, Sri Aman bermula dari 1 hingga 4 Julai dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam dengan bayaran RM10 untuk setiap borang penyertaan.

“Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan satu borang hanya untuk satu keping gambar dan satu Kategori sahaja. Borang tersebut perlulah dilekatkan di belakang gambar,”katanya.

Pihak penganjur katanya juga berhak menggunakan gambar tersebut untuk tujuan cetakan, promosi, pameran dan pelbagai media tanpa sebarang makluman dan syarat daripada peserta.


Tarikh tutup penyertaaan katanya adalah pada 11 Julai ini menjelang jam 12.00 tengahari dan penyertaan boleh dihantar melalui pos atau terus kepada alamat pihak penganjur iaitu The Chairman Photography Competition & Sub-Committee, c/o Jabatan Pengairan dan Saliran Sri Aman, Jalan Datus, Kampung Hilir, 95000 Sri Aman, Sarawak.


Beliau turut menambah bahawa pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan gambar yang dihantar melalui pos sekiranya ianya sampai selepas tarikh tutup penyertaan.


”Pihak kami akan mengumumkan keputusan pertandingan dan tarikh penerimaan hadiah menerusi suratkhabar dan panggilan telefon kepada pemenang pertandingan itu nanti,” katanya.

Tamat.

2 comments:

  1. cara pengadilan mmg teruk.. x profesional.. spttnya biar keputusan ditentukan berdasarkan kualiti gmbr bukan jenis kamera dan lens.. bnyk org kecewa ngan cara mcm ni.. 1 org boleh menang smpai 10 hadiah?? apa, org lain x ada hntar penyertaan kah?

    ReplyDelete
  2. aku sokong...ni patut 1 org champion 3 kategori dan menang 10 saguhati bawa balik..org lain tak hantar gambar ke?lain kali beri syarat MESTI GUNA KAMERA RM19 000 KE ATAS DAN LENS RM2000 KEATAS kalau mahu menang...next year kitak org juri jak tanding ...sungguh mengecewakan mutu pengadilan teruk...

    ReplyDelete