Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 June, 2011

Sempena Pesta Lingga 2011 : Pertandingan Lumba Enjin Pam Ski 6.5 Kuasa Kuda (KK) Ke Bawah 24 - 26 Jun ini




SRI AMAN, Khamis (16 Jun) – Orang ramai dipelawa untuk menyertai Pertandingan Lumba Enjin Pam Ski 6.5 Kuasa Kuda (KK) Ke Bawah yang diadakan bersempena dengan Pesta Lingga 2011 bermula dari 24 hingga 26 Jun ini di Sungai Lingga.

Jurucakap penganjur menerusi siaran beritanya memberitahu yuran penyertaan bernilai RM10 akan dikenakan terhadap setiap peserta bagi pertandingan yang hanya membenarkan penggunaan enjin 6.5 KK ke bawah terbabit.

“Pihak jawatankuasa Pesta Lingga 2011 menawarkan hadiah bernilai RM250 beserta piala kepada johan, RM200 beserta piala untuk naib johan dan RM150 beserta piala kepada pemenang tempat ke-3.

“Borang penyertaan boleh didapati dengan menghubungi Abang Kamsi Abang Morshidi di talian 013-550-4889, Rosli (wak) bin Jamil di talian 013-8365047 atau menghubungi Pejabat Daerah Kecil Lingga di talian 083-570241. Mereka juga boleh menghubungi kami jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut,” katanya.

Tarikh tutup penghantaran borang katanya adalah pada 20 Jun ini jam 4 petang dan sesi cabutan undi serta majlis taklimat kepada peserta akan berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Lingga pada 22 Jun kelak.

“Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan surat rasmi kepada pihak urusetia penganjur dengan bayaran RM100 sebagai deposit bantahan dan jika bantahan ditolak maka wang deposit terbabit akan menjadi milik penganjur,” katanya.

Pertandingan Lumba Enjin Pam Ski 6.5 KK Ke Bawah ini menurut beliau akan dibahagi kepada tiga saringan dan hanya tiga peserta dari setiap saringan itu layak menerima hadiah daripada pihak penganjur.

Manakala peserta Pertandingan Lumba Enjin Pam Ski 6.5 KK Ke Bawah yang menduduki tempat ke-4, ke-5, ke-6 dan ke-7 dari setiap saringan berkenaan katanya akan dipilih ke pertandingan bagi kategori Kasian.

“Setiap peserta Pertandingan Lumba Enjin Pam Ski 6.5 KK Ke Bawah ini juga diwajibkan untuk menyertai Pertandingan Pam Ski Autoshow bagi mempromosi Sukan Air Pam Ski itu nanti

“Borang bagi Pertandingan Pam Ski Autoshow ini boleh didapati daripada pihak yang dinyatakan dalam berita ini dengan penyertaan terbabit adalah percuma bagi semua peserta,” tambah beliau.

Terdahulu Pekan Lingga dijangka menjadi tumpuan ribuan pengunjung bermula dari 23 hingga 26 Jun ini dengan adanya penganjuran pelbagai acara menarik bersempena dengan sambutan Pesta Lingga 2011 itu nanti.

Antaranya ialah gerai jualan dan aneka barang pameran, Pertandingan Futsal Tertutup, Sukan Rakyat, Lumba Perahu, Pentas Hiburan yang mana kesemua acara ini nanti akan berlangsung di Sungai Lingga dan juga sekitar Pekan Lingga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment