Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 June, 2011

RISDA Sarawak anjur Futsal Generasi Muda Peringkat Negeri Sarawak 2011







Caption:

1. UNTUK ALBUM...Haji Sopian (tengah) bergambar kenangan bersama pasukan pemenang dan kakitangan penganjur sebaik sahaja tamat pertandingan itu. Foto: ADIEY SAFARMAN

2. TAHNIAH...Sofian (kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan juara bagi pertandingan tersebut. Foto: ADIEY SAFARMAN

Adiey Safarman Jaafar

SRI AMAN, Selasa (21 Jun) – RISDA Negeri Sarawak telah menganjurkan Kejohanan Futsal Generasi Muda RISDA Peringkat Negeri Sarawak 2011 yang berlangsung di Arena Sukan, Simpang Tiga, Kuching, kelmarin.

Siaran akhbar yang diterima hari ini memberitahu sejumlah 40 buah pasukan Bahagian Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman, Betong, Saratok dan Sibu mengambil bahagian dalam kejohanan terbabit.

Kejohanan ini menyaksiakn pasukan TZ ABAO dari Kuching muncul juara setelah menewaskan pasukan KD Datuk dari Sibu menerusi jaringan gol 4-0 yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, piala iringan dan pingat.

Manakala itu pasukan naib juara iaitu KD Datuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM350, piala iringan serta pingat menerusi Kejohanan Futsal Generasi Muda RISDA Peringkat Negeri Sarawak 2011 ini.

Kedudukan tempat ketiga dalam kejohanan ini pula telah dimenangi oleh pasukan JJK FC yang turut membawa pulang hadiah saguhati berjumlah RM150, piala iringan serta pingat.

Bagi kategori Pemain Terbaik bagi Perlawanan Akhir Kejohanan Futsal Generasi Muda RISDA Peringkat Negeri Sarawak 2011 ini telah dianugerahkan kepada pemain pasukan TZ ABAO iaitu Awang Nasreen.

Terdahulu Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Haji Sopian bin Bakar ketika berucap merasmikan kejohanan itu optimis bahawa penganjuran kali pertama Kejohanan Futsal Generasi Muda Risda mampu mencapai sasaran.

Melalui sambutan membanggakan golongan muda terhadap sukan tersebut, ia secara tidak langsung kata beliau berupaya membendung pelbagai gejala negatif disamping menjadi landasan terbaik untuk melahirkan pemain berbakat.

“Melihat akan semangat tinggi yang ditunjukkan para peserta menerusi kejohanan ini maka saya yakin bahawa sukan futsal mampu medium terbaik bagi mendekati golongan berkenaan.

“Justeru saya berharap agar Kejohanan Futsal Generasi Muda RISDA Peringkat Negeri Sarawak 2011 ini berupaya mendekati golongan generasi kedua RISDA pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh Sopian sebaik sahaja tamat perlawanan akhir di dewan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment