Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

PPWS Kampung Meludam anjur mesyuarat Agung



Caption: UNTUK ALBUM...Para AJK baru PPWS Kampung Meludam bergambar kenangan bersama AJK PPWS Sri Aman (berbaju oren) sebaik sahaja selesai mesyuarat berkenaan.


BETONG, Isnin (13 Jun) – Sejumlah 10 buah cawangan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di Kampung Meludam mengadakan sesi mesyuarat agung masing-masing bagi tujuan ahli jawatankuasa baru untuk sesi 2011 / 2013 baru-baru ini.

Sambil disaksi dan diselaraskan oleh Pengerusi Kawasan PPWS, Sri Aman iaitu Khatijah Nor Abdullah, PPWS Kampung Tengah, Meludam adalah merupakan salah sebuah cawangan yang turut mengadakan mesyuarat agung ini.

Menerusi mesyuarat agung berkenaan, Jamaiah Ambi telah pun dipilih untuk memegang jawatan Pengerusi PPWS Cawangan Kampung Tengah yang baru bagi penggal tahun 2011 / 2013.

Turut dilantik ialah Sabariah Hanipah sebagai Timbalan Pengerusi, Sh Nafisah Wan Akil sebagai Setiausaha, Dayang Mardyziah Awang Muslem sebagai Timbalan Setiausaha, Jamilah Samail selaku Bendahari dan Azura Aman, Rokiah Zaini, Dayang Rokayah Awang Apek, Saadiah Maliki serta Aisah Morni sebagai ahli jawatankuasa persatuan.

Terdahulu Nor Khatijah ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada mesyuarat itu melahirkan rasa bangga ke atas komitmen yang diberikan oleh kaum wanita dari kampung tersebut terhadap aktiviti sedemikian.

Katanya PPWS adalah merupakan satu-satunya Badan Bukan Kerajaan atau NGO yang membolehkan kaum wanita menyumbang bakti masing-masing terhadap penduduk dalam kawasan penempatan mereka.

“Selain itu dengan berpersatuan kesemua ahli secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi hubungan silarurrahim di antara mereka selain berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

“Justeru atas sebab ini saya berjanji akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah bersama para ahli jawatankuasa PPWS ketika berlangsung sesi tersebut,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat agung berkenaan adalah Pengelola PPWS Kawasan Sri Aman, Jenny Goh, Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Pn Saidah Saibi dan Lela Ain selaku AJK Daerah PPWS.

Tamat.

No comments:

Post a Comment