Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 June, 2011

Pesta Lingga 24 hingga 26 Jun ini


SRI AMAN, Jumaat (17 Jun) – Pesta Lingga kembali menemui pengunjung apabila temasya edisi kedua terbabit bakal berlangsung di Pekan Lingga iaitu kira-kira 50 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman bermula dari 23 hingga 26 Jun ini.
 
Siaran akhbar kelmarin memberitahu Pesta Lingga ini memberi laluan untuk mempromosi sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 yang akan berlangsung di Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar bermula 1 hingga 4 Julai depan.
 
Katanya pelbagai acara menarik akan diadakan ketika berlangsungnya Pesta Lingga 2011 itu nanti antaranya ialah gerai jualan dan aneka barangan pameran, Pertandingan Futsal Tertutup, Sukan Rakyat, Lumba Perahu dan Pentas Hiburan.
 
“Bermula dari 23 hingga 26 Jun ini, para pengunjung akan berpeluang melawat ke gerai jualan dan aneka barang pameran di sekitar kawasan Pekan Lingga dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam,” kata kenyataan itu.
 
Pertandingan Futsal Tertutup berlangsung di Kampung Hulu Lingga bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada 24 Jun manakala acara Sukan Rakyat pula akan berlangsung perkarangan luar Masjid Lingga pada hari yang sama dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
 
Sementara itu, acara utama Pesta Lingga pada tahun ini iaitu Lumba Perahu akan diadakan dari 24 hingga 26 Jun bermula dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang bertempat di Sungai Lingga.
 
Acara utama Pesta Lingga iaitu Lumba Perahu pula bakal menampil Lumba Sakai 10 dan 15 untuk kategori lelaki dan wanita, Sakai 20 dan 25 Lelaki Terbuka, Lumba Pam Ski, Lumba Perahu 'RANTO' secara berdayung dan Lumba Perahu Balok / Bong Sakai 5, 7 tertutup dan acara Lumba Pam Ski di Sungai Lingga dari 24 hingga 26 Jun.
 
“Pesta Lingga juga turut dimeriahkan dengan persembahan hiburan oleh artis rakaman populra tempatan dan dari Semenanjung malaysia menerusi acara Pentas Hiburan bermula jam 8.30 malam hingga 11 malam ketika berlangsungnya Pesta Lingga itu nanti,” katanya.
 
Kenyataan terbabit turut memberitahu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato' Sri Douglas Uggah Embas akan menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Lingga 2011 pada 26 Jun ini yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.
 
“Dengan itu penduduk dari seluruh negeri Sarawak khasnya dari kawasan Sri Aman, Lingga dan yang berdekatan digalakkan untuk hadir bagi memeriahkan suasana sambutan pesta itu nanti,” katanya.
 
Tamat.

No comments:

Post a Comment