Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 June, 2011

Peminat permotoran di Sarawak dipelawa sertai Benak Auto Talent 2011 pada 2 Julai ini



Caption: SERTAI KAMI...Awang (kanan) bersama Irwandy (kiri) ketika ditemui di sini hari ini.

SRI AMAN, Selasa (21 Jun) – Kelab terkemuka dalam bandar ini iaitu TopGear Motorsport Sri Aman akan menganjurkan Benak Auto – Talent 2011 bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman pada 2 Julai ini.

Pengerusi kelabnya, Awang Zainuddin Awang Ahmad memberitahu penganjuran Benak Auto – Talent 2011 yang mendapat kerjasama Unlimited Modification Club dan Lui Lai Sticker Centre ini akan berlangsung di hadapan Tua Pek Kong Sri Aman bermula jam 8 pagi hingga 9 malam.

“Acara yang bakal dipertandingkan dalam autoshow ini nanti ialah K- Car, Open Car, Scooter Standart, Scooter Extreme, Motorbike Extreme, Elegen Standard, Motorsikal Classic dan Display.

“Kesemua lapan buah acara yang bakal dipertandingkan pada pertandingan ini nanti dibuka penyertaannya kepada semua peminat kenderaan bermotor dari seluruh negeri Sarawak,” menurut beliau.

Mereka yang berminat kata Awang boleh menghubungi beliau sendiri di talian 019-8213003 dan Pengerusi Kelab Unlimited Modification Club, Awang Irwandy di talian 0111-9838002 untuk mendapatkan borang serta untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara berkenaan.

Beliau menambah bahawa yuran penyertaan sebanyak RM20 seorang akan dikenakan bagi kategori K- Car dan Open Car, RM15 untuk Scooter Standart, Scooter Extreme, Motorbike Extreme, Elegen Standard, Motorsikal Classic dan RM10 untuk Display.

“Justeru Kelab TopGear Motorsport Sri Aman, Unlimited Modification Club dan Lui Lai Sticker Centre mengalu-alukan penyertaan semua pihak bagi kelapan-lapan buah acara ini ketika berlangsungnya Pesta Benak Sri Aman 2011 ini nanti,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa Benak Auto – Talent 2011 ini nanti bakal dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Hiasan Lampu Kenderaan (Lighting) dan Audio System bermula dari jam 7 malam hingga 9 malam pada hari berkenaan..

Tamat.

No comments:

Post a Comment