Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

Mangsa kebakaran Rumah Issau, Gelong, Engkilili dibantu



Caption: PRIHATIN...Nyalau (tengah) bersama Rayong (tiga kanan) ketika meninjau tapak kejadian kebakaran di Gelong kelmarin.


ENGKILILI, Ahad (12 Jun) Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman memperuntukkan RM101,300 ribu bagi membantu mangsa kebakaran rumah panjang, Issau, Gelong, dalam Daerah Kecil Engkilili dalam majlis ringkas kelmarin.

Peruntukan berupa wang tunai, makanan, peralatan dapur, bahan binaan dan pakaian sekolah dan harian adalah bagi membantu sejumlah 31 buah keluarga Rumah Issau, Gelong, Engkilili yang terjejas setelah rumah panjang mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada jam 9.30 pagi 10 Jun lepas.

.

Selain itu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak turut menyumbangkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 dan Peruntukan Bantuan Segera Parlimen Lubok Antu bernilai RM5,000.

Beliau juga memohon kerajaan pusat mahupun negeri menempatkan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Daerah Lubok Antu bagi mengawal kebakaran lebih pantas di kawasan terbabit.

Nyalau mendakwa bahawa disebabkan (BBP) terlalu jauh di kawasannya menyebabkan kebanyakan kejadian terutama di rumah panjang sudah musnah terbakar sebelum ketibaan pasukan penyelamat itu.

“Saya memohon kerajaan menempatkan sebuah BPP sama ada di pekan Lubok Antu ataupun Engkilili bagi mengawal sebarang kejadian kebakaran berlaku di rumah panjang,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian terbabit kelmarin.

Terdahulu Anggota Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa turut menyampaikan bantuan bernilai RM30,000 kepada keluarga mangsa kebakaran rumah panjang terbabit.

Manakala itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah anak Embas turut menyumbang sejumlah RM500 untuk sebuah keluarga bagi meringankan bebanan mereka selepas ini.

PBB Bahagian Engkilili yang diwakili Timbalan Ketua Bahagian Richard Tawan turut menyumbangkan RM2,000 kepada mangsa kebakaran.

Tamat.

1 comment: