Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2011

Kes kemalangan langgar lari di Lachau, Pantu : Lapor kepada polis kalau ada maklumat

SRI AMAN, Rabu (8 JUn) – Orang ramai dirayu untuk tampil ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sekiranya mereka mempunyai maklumat berhubung kes kemalangan jalan raya maut di kawasan Lachau, Pantu, Sri Aman pada hari Sabtu lepas.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam / Ketua Trafik Daerah IPD Sri Aman, Inspektor Ahmad Fuad bin Mahmod menerusi siaran medianya berkata kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 50 Jalan Sri Aman / Kuching itu menyebabkan kematian seorang pembonceng motorsikal.

“Kejadian yang berlaku di Lachau sekitar jam 7.15 petang pada 4 Jun lepas membabitkan motorsikal QB2705 yang ditunggang oleh Sat anak Igeh sambil dibonceng oleh Aji anak Kalom.

“Kedua-dua mereka sedang keluar dari simpang Lachau apabila sebuah kenderaan yang datang dari arah Sri Aman melanggar kedua-dua mangsa di jalan raya berkenaan,” kata beliau.

Kemalangan ini menyebabkan pembonceng motorsikal iaitu Aji anak kalom mati serta-merta di tempat kejadian manakala penunggangnya iaitu Sat anak Igeh pula mengalami kecederaan parah.

Justeru orang awam kata Fuad yang mengetahui, nampak atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian dan jenis kenderaan yang melanggar kedua-dua mangsa dipinta untuk menghubungi beliau di talian 019-8989141 @ 083322121 atau tampil ke cawangan Trafik IPD Sri Aman selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment