Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 June, 2011

Kementerian Sumber Asli sumbang RM500 untuk setiap keluarga mangsa kebakaran Rumah Issau, Gelung : PBB Engkili sumbang RM2,000



Caption: IKHLAS...Tawan (kanan) sedang menyampaikan bantuan kepada Tr Issau (kiri) sambil disaksikan oleh ahli PBB dan penduduk rumah panjang berkenaan.


ENGKILILI, Selasa (14 Jun) – Nasib malang yang menimpa mangsa kebakaran dari Rumah Issau, Gelong, Engkilili terus mendapat perhatian daripada wakil rakyat dan parti politik dalam kawasan terbabit.

Terbaru, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengumumkan sumbangan bantuan bernilai RM500 untuk setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran berkenaan.

Manakala itu pula Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Engkilili telah mengumumkan sumbangan bantuan bernilai RM2,000 untuk mangsa kejadian kebakaran tersebut.

Kesemua sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua cawangan PBB Engkilili iaitu Richard Tawan kepada Tr Isau bertempat di gereja rumah panjang berkenaan.

Richard ketika berucap ringkas dalam majlis terbabit menasihatkan penghuni rumah panjang untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan yang berkaitan dengan sumber bahan api dan elektrik selepas ini.

“Paling penting ialah agar penghuni rumah panjang tidak mudah lalai dan leka ketika menggunakan peralatan berasaskan bahan api atau elektrik mulai sekarang demi kebaikan semua pihak.

“Jangan hanya disebabkan oleh kesilapan kita sendiri maka penghuni yang lain juga turut ditimpa musibah. Justeru saya berharap kejadian ini sebagai pengajaran terhadap lain-lain rumah panjang di sini mulai sekarang,” katanya.

Terdahulu sejumlah 31 buah keluarga dari Rumah Issau, Gelong, Engkilili tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api dalam kejadian yang berlaku jam 9.30 pada hari Jumaat lepas.

Tamat.

.

No comments:

Post a Comment