Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2011

Keluarga Iban - Cina sama meriahkan Gawai



Caption: 1MALAYSIA...Patrick (duduk tengah) bersama isteri, Theodore (belakang) ketika bergambar kenangan bersama anak, ibubapa dan saudara ketika menyambut Gawai Dayak baru-baru ini.


SRI AMAN, Rabu (8 Jun) – Pada zaman dahulu Perayaan Gawai hanya disambut oleh golongan penduduk kaum Dayak dengan mempersembahkan pelbagai makanan dan tuak kepada dewa padi untuk hasil tuaian padi yang baik.

Namun pada zaman sekarang, sambutan perayaan Gawai dalam negara ini khasnya di Sarawak nyata tidak lagi disambut oleh sesebuah keluarga yang terdiri daripada 100 peratus berketurunan Dayak.

Ini kerana Malaysia sebagai sebuah negara majmuk nyata berjaya mewujudkan proses integrasi antara kaum yang cemerlang sehingga mengalakkan kepada proses perkahwinan campur di antara semua penduduk.

Untuk itu Utusan Sarawak telah berkesempatan untuk berkunjung ke kediaman Patrick Michael Malajin yang telah menyambut perayaan Gawai Dayak bersama isteri beliau yang berketurunan Cina iaitu Theodore C. Ngui di Munggu Sabun, Sri Aman.

Jurukamera kepada Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis itu telah dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Galvin, Justin dan Miguel menerusi hasil perkongsian kahwin campur terbabit.

“Inilah kelebihan negara Malaysia. Isteri saya, Theodore yang berketurunan Cina berpeluang untuk merasai kemeriahan suasana sambutan Gawai Dayak pada setiap tahun,” katanya.

Katanya perayaan Gawai telah memberi ruang kepada isterinya untuk memahami serta mempelajari budaya Kaum Iban secara lebih mendalam semenjak kedua-dua mereka berkahwin dahulu.

Namun begitu beliau selaku anak jati berketurunan Iban dari Pantu, Sri Aman ini juga berpeluang untuk mempelajari budaya dan bahasa Kaum Cina yang dimiliki oleh isterinya selama ini.

“Kesimpulannya perkahwinan antara Dayak dan Cina mengalakkan pertukaran budaya. Sebagai anak jati Iban saya amat berbangga kerana dapat menyambut Gawai bersama isteri saya yang bukan berketurunan Dayak selama ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment