Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2011

Jasa penduduk perlu dibalas - Razi



Caption: SIMBOLIK...Razi (tengah kanan) sedang menyempurnakan simbolik memotong kek perayaan Gawai bersama tetamu khas yang lain ketika berlangsung majlis itu.


DEBAK, Khamis (9 Jun) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas pada pilihan raya negeri lepas akan menjadi pemangkin buat wakil rakyat barunya, Ricky Mohd Razi Sitam untuk bekerja keras membangunkan kawasan itu mulai sekarang.

Beliau ketika berucap pada Majlis Kunjungan Mesra sempena Program Rumah Terbuka Gawai Dayak 2011 di Rumah Unja, Debak, baru-baru ini berkata kemenangan BN di DUN Saribas menunjukkan bahawa kerajaan masih dekat di hari rakyat dalam kawasan itu.

“Sasaran saya ialah untuk membangunkan kawasan DUN Saribas agar kemajuannya setanding dengan lain-lain kawasan DUN yang terdapat dalam negeri ini dari masa ke semasa.

“Lagipun rakyat telah memilih saya selaku wakil BN di sini. Justeru saya akan berusaha gigih demi tidak mempersia-siakan harapan mereka terhadap kerajaan selepas ini,” menurut beliau.

Antara usaha yang sedang giat beliau lakukan pada masa sekarang ialah bertemu dengan menteri dan pegawai perumahan berhubung pinjaman perumahan secara lebih mudah, memperluas liputan kemudahan elektrik, air bersih dan banyak lagi untuk penduduk kawasan Saribas.

Kemudahan bekalan elektrik 24 jam dan air bersih kata Razi menjadi agenda utama bagi pembangunan kawasan DUN Saribas memandang ia merupakan keperluan utama rakyat yang paling di Saribas pada masa sekarang.

“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam diri saya selaku wakil rakyat yang baru dalam kawasan ini. Justeru saya berharap agar rakyat Saribas dapat menyumbang idea dan cadang terhadap saya untuk memajukan kawasan kita di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Penghulu Kampung Debak, Abang Kifrawi, Ketua Penerangan PBB cawangan N.30 Saribas, Haji Piee Alwi, Timbalan Ketua Cawangan I PBB cawangan N30 Saribas, Kanselor Legom anak Udon dan KK Abdullah Abang Sazali.

Tamat.

No comments:

Post a Comment