Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 June, 2011

Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak lancar Operasi Pendaftaran Bergerak di Batu Lintang



Caption: LANCAR...Zabulun bergambar kenangan bersama kakitangan JPN Sarawak dan anggota RELA ketika berlangsungnya operasi itu kelmarin.


SRI AMAN, Rabu (15 JUn) – Ibupejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak melancarkan Operasi Pendaftaran Bergerak yang telah berlangsung di sekitar kawasan Batu Lintang, Sri Aman semenjak 12 Jun lalu.

Operasi Pendaftaran Bergerak yang bakal berakhir pada 18 Jun ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Pendaftaran JPN Sarawak, Zabulun Sangge sambil dibantu oleh kakitangan yang lain iaitu Samsuddin Samal, Nafsutyr binti Mohd Said, Hairulnizam Mat dan Bolhi bin Tahala.

“Operasi Pendaftaran Bergerak yang dilancarkan oleh JPN Sarawak ini secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah penduduk tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sebelum ini,” katanya.

Zabulun turut menambah bahawa sambutan penduduk dari kawasan Batu Lintang terhadap Operasi Pendaftaran Bergerak yang dilancarkan oleh JPN Sarawak ini amat mengalakkan.

Justeru beliau berharap agar penduduk dari kawasan Batu Lintang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sebelum ini dapat hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Paku Undop untuk tujuan itu bermula dari 16 hingga 18 Jun ini.

Terdahulu Operasi Pendaftaran Bergerak oleh JPN Sarawak yang dilancar bermula dari 12 hingga 15 Jun sebelum ini telah berlangsung di SK Batu Lintang menerusi kerjasama pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment