Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2011

Hormati agama antara kaum - Harden



Caption: MANFAATKAN...Harden sedang menyampaikan cek kepada Chimbie sambil disaksikan oleh tetamu yang lain sebelum bermulanya majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (10 Jun) – Penduduk berbilang kaum dan agama dalam kawasan Sri Aman diminta agar mengenepikan sikap prejudis dalam diri masing-masing pada masa akan datang.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata berkata mereka harus bersatu untuk mencapai satu matlamat pembangunan secara bersama-sama dan bukannya berjuang demi kepentingan diri masing-masing.

“Perihalnya dalam politik, semua penduduk berbilang kaum harus menyokong kerajaan yang didokong oleh BN tanpa mengutamakan kepentingan kaum pada pilihan raya negeri kelak.

“Kemajuan yang melanda kawasan Sri Aman akan memberi manfaat bukan kepada satu kaum sahaja malah kepada semua kaum yang tinggal di kawasan ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pra Gawai Dayak 2011 bertempat di Gereja Saint Luke Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu sikap saling hormat-menghormati budaya, adat resam dan agama dikalangan penduduk berbilang kaum kata Harden harus terus disemai dalam diri masing-masing dari masa ke semasa.

“Aspek ini secara tidak langsung akan menjurus kepada proses pembangunan negeri yang berdaya maju serta mantap. Justeru ia akan memberi manfaat kepada penduduk berbilang kaum yang tinggal di bawah teraju Barisan Nasional (BN) selepas itu,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan kepada Ketua Gereja Saint Luke Sri Aman iaitu Archedeon Chimbie Bunsie.

Tamat.

No comments:

Post a Comment