Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2011

GIATMARA Sri Aman meriahkan Jom Heboh TV3



Caption: UNTUK ALBUM...Para pelatih GIATMARA Sri Aman bergambar kenangan bersama artis jemputan ketika berlangsung karnival Jom Heboh di Kuching.

SRI AMAN, Jumaat (10 Jun) – GIATMARA Sri Aman telah mewakili GIATMARA Malaysia untuk menyertai satu program kebajikan bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Kuching baru-baru ini.

Siaran akhbar memberitahu pembabitan GIATMARA Sri Aman dalam program yang berlangsung selama dua hari ini telah dijayakan menerusi penglibatan seramai lima orang pelatih dari Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan serta dua orang pelatih dari Teknologi Sistem Komputer.

Kesemua tujuh orang pelatih terbabit menurut kenyataan berkenaan telah bertungkus lumus melakukan servis solekan muka, solekan penuh, solekan “fantasy”, mencukur bulu kening dan mengecat kuku.

“Sebahagian daripada bayaran yang telah dibuat oleh para pengunjung Karnival Jom Heboh menerusi program ini tadi telah pun didermakan kepada Tabung Bersamamu TV3,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan dari GIATMARA Sri Aman iaitu Sabrina binti Abdul Rahim telah bersama para pelatih ketika memberi perkhidmatan solekan ketika berlangsungnya program itu.

Sebagai hasilnya menurut kenyataan akhbar berkenaan seramai 80 orang pengunjung telah turutn padang bagi sama-sama membantu menjayakan penganjuran program kebajikan tersebut.

Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal bin Che Amat turut hadir sama sepanjang tempoh tersebut sambil dibantu oleh Tenaga Pengajar, Mohd Khairul Azha Haji Azahari dan Wan Nizam Wan Hassan.

Program Kebajikan yang berlangsung di booth Wanita itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti jualan dari pihak TV3 bersama artis Danny X-Factor dan Allana Amir (Lagenda: Ahmad Albob Yang Punya), Ana Dahlia (Akasia: Nora Elena) serta pengacara Wanita Hari Ini dan krew-krew TV3.

Sumbangan ke Tabung Bersamamu telah diserahkan dalam satu majlis ringkas sebelum berakhirnya sesi di booth Wanita.

Tamat.

No comments:

Post a Comment